Wan Rahim: Kelantan Miliki Pemain Tempatan Terbaik

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan skuad The Red Warriors (TRW) kini mempunyai barisan pemain tempatan dan muda terbaik yang pernah dimiliki.

Memetik siaran media Kelantan FA, Rahim berkata perkara itu telah diperhatikan sejak tahun lalu terutama sekali ketika pasukan Kelantan bertandang ke Kuching tanpa pemain import untuk menentang pasukan Sarawak FA, namun masih mampu mencatat kemenangan 3-0.

Posted by Kelantan FA on Monday, 3 February 2020

“Ini membuktikan barisan pemain tempatan Kelantan pada masa kini, merupakan generasi pemain terbaik pernah kita ada. Perkembangan ini menampakkan corak latihan kendalian oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah adalah serasi dengan barisan pemain kita.

“Kerana itu juga saya bersetuju dengan saranan Yusri yang mahu latihan kini lebih tertumpu kepada perkembangan pemain import,” katanya.

TRW pada musim ini diperkuatkan dengan kehadiran semua Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Nazrin Mohd Nawi. Mereka turut  mengekalkan dua pemain muda sensasi Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Shahrul Nizam Ros Hasni.

Mohamad Shahrul Nizam bin Ros Hasni

Mohamad Shahrul Nizam bin Ros Hasni adalah pemain profesional Kelantan TRW 2020 yang bermain si posisi Bek Tengah.Pemain yang lasak, pantas, bertubuh tegap dan berpotensi besar menjadi pertahanan terbaik negara nanti.Tarikh Lahir: 25 Mei, 1998 (Umur 21 tahun), Asal : Bachok, KelantanTinggi: 1.71 mNombor Jersi: 5Beliau juga merupakan pemain skuad kebangsaan (Malaysia U23)

Posted by Kelantan FA on Monday, 27 January 2020

Turut sama menyaksikan latihan pasukan Kelantan adalah Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.

Bercakap mengenai keadaan Stadium Sultan Muhammad IV yang agak uzur ketika, ini, Rahim memaklumkan beliau telah pun membuat pertemuan dengan Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini dan mendapat respon yang positif.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah pun menyatakan persetujuan untuk membantu usaha baik pulih dan naik taraf stadium yang sudah berusia 53 tahun itu.

Suasana Himpunan Kelab Kelab Kereta di Stadium Sultan Muhammad Ke IV petang tadi…Kemah kemingKredit kepada pemilik gambar.

Posted by KelantanFA.com on Saturday, 13 August 2016

“Beliau (Syed Saddiq) telah memaklumkan bahawa pihak kementerian bersetuju membantu kerja baik pulih dan menambah beberapa kelengkapan. Antaranya penambahan susunan kerusi dan kemudahan untuk media.”

Kredit Foto: Kelantan FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram