Debut Wan Kuzain Di USL, Apakah Perbezaan NASL dan USL? Ini Penjelasannya!

Beberapa jam lalu, berita mengenai Wan Kuzain Wan Kamal beraksi dalam saingan USL telah tersebar meluas.

Namun, penulis pasti ada dari kalangan kita keliru mengenai MLS, NASL dan USL. Pastinya ramai sudah mengenali MLS tetapi tidak bagi dua kejohanan ini.

Apakah itu NASL?

“Macam pernah kulihat, tapi di mana ya?”

Betul, NASL ini North American Soccer League. Tetapi NASL pada hari ini bukanlah NASL yang masyhur dahulu.

George Best Dan Pele bermain di NASL

NASL asal yang pernah disertai New York Cosmos, LA Aztecs telah menutup operasi pada 1984.

Namun, NASL pada hari ini tiada kaitan dengan NASL lama. NASL baru ditubuhkan pada 2009, cuma 2 tahun kemudian barulah kejohanan ini bermula iaitu 2011.

NASL menawarkan trofi Soccer Bowl untuk dimenangi. Namun begitu, NASL menetapkan juara Spring Season dan Fall Season akan bertanding dalam playoff Soccer Bowl.

Baki dua tempat playoff akan diberikan kepada pasukan terbaik dalam pungutan mata setelah Spring Season dan Fall Season digabungkan.

Apakah itu USL?

Nama penuhnya ialah United Soccer League. Dianggotai oleh 30 pasukan. USL dibentuk pada 2010. Setahun kemudian barulah kejohanan ini baru dimulakan.

30 pasukan itu diagihkan kepada 2 zon yang dikenali Western Conference dan Eastern Conference.

8 kelab terbaik setiap zon akan bertarung dalam saingan playoff.

Kebanyakan kelab MLS mempunyai kaitan dengan kelab-kelab USL. Bezanya ada kelab yang berstatus ‘affiliation’ dan ‘partnership’.

Antara kelab berstatus ‘affiliation’ ialah Ottawa Fury (Montreal Impact), Reno 1868 (Real Salt Lake).

Manakala kelab berstatus ‘partnership’ biasanya diletakkan angka II atau 2 di belakang nama kelab. Contohnya LA Galaxy II dan Seattle Sounders 2.

Manakala kelab Wan Kuzain, Swope Park Rangers berstatus ‘partnership’ dengan Sporting Kansas City.

Mana satu bergelar Divisyen 2?

Liga di Amerika Syarikat (dan Kanada) tiada menggunakan ‘promotion and relegation’. Meskipun begitu, MLS, NASL dan USL berjalan serentak pada waktu sama yakni Mac hingga Oktober.

Namun pada awal 2017, USSF telah memberi mandat kepada NASL dan USL untuk menjadi Divisyen 2.

Sebelum ini, ada laporan bahawa lesen Divisyen 2 yang diberikan NASL akan dicabar USL. Ketika itu, USL bergelar Divisyen 3.

Akhirnya, USSF mengambil langkah bijak dengan memberi mandat serentak kepada kedua-dua liga ini. Walaupun ada beberapa kelab NASL berpindah ke USL seperti Ottawa Fury dan Tampa Bay Rowdies.

Tetapi untuk US Open Cup, kelab USL yang mempunyai status ‘partnership’ sahaja tidak dibenarkan menyertai kejohanan itu.

Ia mirip diamalkan di Copa Del Rey di Sepanyol di mana pasukan B tidak dibenarkan bertanding.

Konklusi

Memang anda rasa pelik dengan konsep diamalkan di negara Uncle Sam. Itu belum menyentuh lagi kenapa kelab Kanada ada menyertai liga di Amerika Syarikat.

Yang menariknya, USL dilengkapi dengan data opta di lama sesawang mereka. Ini adalah statistik Wan Kuzain.

Sebenarnya ia perkara biasa, di mana liga utama dijalankan di samping ada liga bawahan beroperasi. Bukan bola sepak sahaja, bola keranjang juga mempunyai konsep sebegini. Tiada juga ‘promotion and relegation’ juga.

Di Malaysia sudah ada konsep sebegini seperti Liga IPT dan Klang Valley League. Cuma, ‘sustainability’ liga sukan bawahan ini perlu diteruskan dan disokong masyarakat.

Baca juga: 5 Pemain Bola Sepak Yang Keluar Dari Persaraan Demi Membantu Pasukan Kebangsaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN