Wales Buat ‘Posing’ Yang Sama Sebelum Sepak Mula Menentang Georgia

Wales memang terkenal dengan cara pasukan mereka bergambar sebelum sepak mula. Tidak kurang juga beberapa pasukan di negara kita cuba mengikut ikut cara mereka bergambar.

Semalam, Wales berhadapan dengan Georgia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Mereka menang 1-0 di dalam perlawanan tersebut. Ini adalah ‘posing’ mereka dalam perlawanan semalam.

Posing ini sebenarnya anda pernah lihat sebelum ini ketika menentang Georgia pada 2016, cuma kedudukan penjaga gol kali ini di bawah.

Nampaknya Wales mahu mengimbau kembali memori menentang Georgia. Lihat gambar di bawah ini ketika perlawanan menentang Georgia pada 2016:

Ada satu lagi perbezaan yang jelas di sini adalah Joe Ledley yang bersungguh-sungguh menunjukkan gaya terbaik beliau.

Namun begitu, banyak-banyak gambar pasukan Wales sebelum sepak mula ini, kami rasakan yang ini paling ‘rare’.

Sebenarnya, trend ini sudah lama dipraktikkan dalam skuad Wales.

Jika pada era Ryan Giggs dan Craig Bellamy berjaya membawa Wales ke tahap mereka sekarang, pasti ramai peminat bola sepak sudah mengetahui trend yang dicipta mereka ini.

Antara trend yang dibawa mereka adalah membiarkan seorang rakan mereka bersendirian di dalam foto.

Lihat saja kedudukan Craig Bellamy. Ryan Giggs pula seolah disisihkan rakan sepasukan dalam gambar di bawah yang diambil ketika menentang Itali pada tahun 2002.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram