Walaupun Tewas, Lampard Gembira Kerana Banyak Perkara Positif

Kerjasama Semuanya BOLA

Frank Lampard tidak mendapat keputusan yang baik di dalam debut beliau. Chelsea dimalukan oleh Manchester United 4-0, dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford.

Walaubagaimanapun, Frank Lampard tetap gembira kerana ada beberapa perkara positif berlaku dalam pasukan Chelsea dalam aksi tesebut.

Lampard berkata: “Kira pasukan lebih baik ketika tempok 45-60 minit. Dan kesemua 4 gol United hari ini kerana kesilapan kita, yang membuat kita menanggungnya.”

“Ada banyak elemen dalam perlawanan ini yang saya suka, termasuk keupayaan kami memenangi bola kembali di kawasan tinggi dengan kerap di separuh masa pertama.”

Lampard kemudian menyatakan, pasukan Chelsea yang ada pada hari ini, masih dalam proses pembentukan pasukan yang baru. Seterusnya, cabaran beliau adalah, tidak dapat menandatangani pemain baharu untuk menguatkan beberapa posisi.

Namun begitu, Lampard tetap menganggap para anak buahnya telah memberikan aksi yang positif.

Seterusnya, Frank Lampard mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Chelsea di Old Trafford yang dianggap beliau sebagai luar biasa.

“Para penyokong nampak, bahawa, pasukan ini sedang berusaha melakukan perkara yang betul. Oleh sebab itu mereka [penyokong] sangat menyokong kami.”

“Kami tidak mahu tewas 4-0, ianya memang sakit, tetapi ianya tidak normal untuk kalah 4-0.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply