Walaupun Mora Terpesona, Asnan Ahmad Tidak Leka Dengan Pujian

Asnan Ahmad

Pemain tengah Kedah Darul Aman, Asnan Ahmad tidak lena dibuai pujian susulan aksi cemerlang yang ditampilkan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia sebaliknya mahu terus beri impak terbaik dalam memastikan kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini.

Pemain berusia 28 tahun ini menganggap ini masa yang tepat untuk terus mempamerkan persembahan terbaik terutamanya di pentas Piala Malaysia memandangkan kudratnya jarang dipertaruhkan dalam saingan Liga Super musim ini.

Namun, Asnan percaya perjalanan kariernya pada tahun ini di landasan tepat dan tidak terburu-buru untuk mengejar minit permainan daripada awal sehinggalah pengendali, Aidil Sharin Sahak benar-benar meletakkan kepercayaan kepadanya untuk membantu pasukan.

“Ini musim pertama saya di pentas Liga Super di mana ia adalah pengalaman baharu dapat beraksi dalam Piala Malaysia dan saya meraih pengalaman yang baik ketika bersama Terengganu pada awal musim sebelum kemudian berhijrah ke Kedah pula.”

“Saya anggap ini rezeki dan perkembangan karier yang sangat baik untuk saya memandangkan baik Terengganu dan Kedah, dua-dua merupakan pasukan yang berkualiti.”

“Kalau pasal kelibat saya di padang lambat mencuri perhatian, pada saya ia berkenaan dengan masa dan minit permainan, saya tidak ambil peduli dan lebih fikir bagaimana untuk saya terus meningkatkan prestasi diri untuk dinilai oleh jurulatih.”

“Tidak kira cepat atau lambat sebab bagi saya perjalanan karier pada musim ini berjalan dengan sangat cantik”, jelasnya.”

Menjelang aksi malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, bekas kapten UKM FC ini menyifatkan peluang adalah terbuka dan tiada kelebihan memihak kepada mana-mana pasukan untuk mara ke separuh akhir.

Jelasnya, pemain JDT seperti Arif Aiman, Leandro dan Safiq Rahim antara yang sentiasa menjadi ancaman kepada Kedah dan perlu diberi lebih perhatian untuk mengekang penguasaan daripada tuan rumah.

“Kita tahu JDT mempunyai penguasaan bola yang tinggi di atas padang dan kita kena lebih berwaspada dengan setiap kekuatan yang mereka ada.”

“Kita kena lebih fokus untuk memastikan apa yang kita dah buat di Stadium Darul Aman tempoh hari dapat diteruskan dengan lebih baik di Stadium Sultan Ibrahim pula.”

“Kalau nak bercakap pasal pemain JDT, mereka semua berkualiti, cuma daripada segi untuk menghasilkan peluang ke arah gawang gol lebih banyak datang daripada Arif, Leandro dan Safiq juga merbahaya apabila dimasukkan, jadi mereka ini kita perlu lebih berhati-hati,” tambahnya.

Malam ini penentuan ke separuh akhir Piala Malaysia akan terjawab dengan empat perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung dengan tiga lagi aksi membabitkan pertembungan Kuala Lumpur City dan Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Melaka United menentang Sabah di Stadium Hang Jebat dan Sarawak United berdepan Terengganu di Stadium UiTM.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN