Walaupun Dikutuk, PDRM Tetap Percaya Kemampuan Antonio German

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Keputusan PDRM untuk mendapatkan pemain antarabangsa Grenada, Antonio Timothy German telah mendapat kecaman daripada penyokong kerana rekod pemain tersebut menunjukkan beliau tidak pernah menjadi seorang penyerang prolifik untuk mana-mana kelab yang diwakilinya.

Penyerang berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah menyertai pasukan Selangor pada musim lepas tetapi hanya bertahan beberapa bulan sahaja sebelum ‘disingkirkan’ disebabkan prestasi buruknya di atas padang.

German kemudian mendedahkan kepada BBC Sports beliau terpaksa meninggalkan selangor disebabkan ‘warna kulitnya’ yang gelap sehingga diejek dan dicemuh secara perkauman oleh penyokong Selangor.

Bagaimanapun ketua jurulatih, Ishak Kunju Mohamed tetap percaya, ‘senjata’ baharu pasukannya itu akan membuktikan kemampuan sebenarnya dan mampu menyinar bersama The Cops dalam saingan Liga Super.

“Saya sedar memang tidak mudah untuk dia berdepan dengan kritikan, terutamanya apa yang berlaku pada musim lepas. Tetapi saya tetap menandatanganinya kerana dia berjaya meyakinkan kami,” kata Ishak kepada The Star.

“Ada beberapa pemain lain yang menjalani sesi percubaan tetapi German telah memenuhi kriteria saya saya mahukan. Dia boleh menyudahkan peluang dan nampak begitu tajam di hadapan gol semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

“Dia juga ada beritahu saya yang dia mahu senyapkan pengkrtiknya dengan mempamerkan aksi yang baik. Mungkin di Selangor tekanannya terlalu tinggi. Bersama PDRM, tekanan tidak terlalu tinggi.” 

Selain German, Ishak turut mengesahkan PDRM juga telah mendapatkan dua pemain kebangsaan Turkmenistan iaitu Serdar Geldiyev dan Shohrat Soyunov.

Satu cabaran buat Ishak kini adalah, kedua-dua pemain berkenaan tidak ada pengalaman beraksi di luar negara mereka. Geldiyev yang barusia 32 tahun beraksi di posisi tengah untuk Altyn Asyr, manakala kelab terakhir Soyunov yang berusia 28 tahun pula adalah Ahal.

PDRM sebelum ini telah pun didenda penolakan tiga mata selepas gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji dan akan dipotong tiga lagi mata sekiranya gagal memenuhi syarat pada penghujung bulan ini.