Walaupun Diberi Nombor 4, Alaba Tak Berhasrat Nak ‘Ganti’ Sergio Ramos

David Alaba Real Madrid

Pemain pertahanan baharu Real Madrid, David Alaba berkata kehadirannya di kelab gergasi Sepanyol itu bukanlah untuk ‘menggantikan’ bekas kapten Sergio Ramos selepas diberikan jersi nombor 4.

Pemain antarabangsa Austria berusia 27 tahun itu ditandatangani secara percuma selepas kontraknya di Bayern Munich tamat pada penghujung musim lalu.

Ramos pula telah dianggap legenda di Santiago Bernabeu di mana beliau menghabiskan 16 tahun di kelab berkenaan sebelum berhijrah ke Paris Saint-German (PSG) juga secara percuma.

“Kita semua tahun Ramos di sini untuk tempoh yang lama dan menggunakan nombor ini, menjadi pemimpin hebat buat pasukan ini,” ujar Alaba dalam temubual pertamanya di kelab berkenaan.

“Tetapi kebenarannya semalam saya telah bercakap dengan pihak kelab dan mereka memberitahu kini hanya itu sahaja nombor skuad yang ada. Saya pun tak mahu nak minta bertukar nombor dengan pemain lain.

“Jujurnya ia merupakan satu penghormatan dapat menggunakan nombor 4 ini, ia akan menjadi sumber kebanggaan dan motivasi untuk saya. Saya berjanji aan letakkannya di tempat yang sewajarnya.

“Saya di sini bukan untuk membandingkan diri saya dengan pemain lain, jauh sekali untuk menggantikan mereka. Saya di sini untuk menjadi David Alaba.”

Bagi Alaba, pencapaian pemain berusia 35 tahun itu terlalu sukar untuk diatasi oleh mana-mana pemain. Beliau merupakan pemain Sepanyol yang mengumpul kaps antarabangsa terbanyak, memenangi lima kejuaraan La Liga dan empat Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Namun pencapaian Alaba juga tidak kurang hebatnya. Kapten Austria itu telah memenangi 10 gelaran Bundesliga, dua UCL dan enam Piala Jerman sepanjang bersama Bayern Munich sejak menembusi skuad utama menerusi sistem akademi kelab itu.

Kebolehannya beraksi di beberapa posisi berbeza menjadikannya ‘aset’ terpenting Carlo Ancelotti yang bersedia untuk memulakan era baharu Real Madrid sebaik sahaja mengambil alih jawatan pengurus dari Zinedine Zidane.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Senarai Trio Serangan Terbaik Barcelona Pernah Hasilkan Sejak Era Messi

VIDEO: Tonton Kesemua 10 Calon ‘Golazo’ Terbaik UEFA Bagi Musim 2020/2021

Senarai Penyerang Berbisa Bertukar “Lemau” Selepas Disambar Chelsea

Leave a Reply