Walaupun Derby County Menuju Kehancuran, Tapi Rooney Masih Setia Di Sisi

Wanye Rooney

Pengendali Derby County, Wanye Rooney masih lagi menunjukkan taat setia kepada kelab tersebut walaupun kelab itu sedang menuju kehancuran.

Derby yang kini diletakkan dibawah pengawasan pihak ketiga atau administration mengalami masalah kewangan yang amat teruk sejak pandemik Covid-19 melanda.

Walaupun kelab mengalami pelbagai kerugian, namun Rooney masih lagi berada bersama mereka dan tidak meninggalkan pasukan itu.

Kata Rooney, beliau tahu apa ertinya menjadi susah dan kerana itulah dirinya masih bersama The Rams.

“Saya membesar di estet kecil di Liverpool. Saya tahu bagaimana sukarnya sesebuah hidup itu boleh berlaku.”

“Manusia jenis apa kalau saya pilih untuk larikan diri dan berehat di pantai untuk berminggunya. Saya tetap komited dengan kelab ini.”

Apa yang terjadi di Derby?

Derby mengalami kerugian yang dianggarkan sekitar £1.3 hingga £1.5 juta sebulan.

Dengan kehadiran Covid-19 yang menganggu aktiviti bola sepak, Derby tidak dapat menjana pendapatan yang stabil terutamanya daripada jualan tiket dan cenderamata.

Oleh yang demikian, Derby terpaksa diselia oleh pihak ketiga atau menyertai administration untuk memastikan tidak ada lagi masalah kewangan yang lebih besar melanda.

Syarikat Quantuma diberi kepercayaan untuk melakukan proses administration tersebut dengan mereka mendapati kerugian ketika pandemik dijangka memberikan kesan panjang kepada kelab.

Mereka kemudiannya mengambil tindakan dengan duduk berbincang dengan pemegang taruh, ahli-ahli parlimen di Derby dan juga penyokong untuk mencari jalan kepada isu ini.

Malah, Quantuma juga memasang misi untuk memastikan Derby dapat menghabiskan kesemua perlawanan liga musim ini dapat dihabiskan.

Situasi di Derby kian meruncing terutamanya di luar padang apabila terdapat kerisauan melibatkan ramai pekerja kelab di mana mereka bakal kehilangan kerja.

Di padang pula, Derby yang bermula baik dalam saingan EFL Championship terpaksa ditolak 12 mata akibat isu ini.

Mereka kemudiannya jatuh ke tangga terbawah liga dengan jumlah mata sebanyak -2 selepas mengumpul 10 mata sebelum ianya ditolak.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply