Walaupun Barcelona ‘Pokai’, Koeman Tetap Berharap Dapat Beli Pemain Baharu

Koeman Barcelona

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman berhasrat untuk mendapatkan pemain baharu semasa tempoh perpindahan musim sejuk ini untuk membantunya menambah baik pasukan bagi menghadapi baki saingan musim ini.

Namun kedudukan kewangan kelab Catalan tersebut yang agak kritikal pada waktu ini menjadikan permintaan jurulatih warga Belanda itu sukar untuk ditunaikan oleh pihak pengurusan kelab.

Skuad The Blaugarana kini juga berdepan dengan krisis kecederaan selepas Philippe Coutinho disahkan akan diketepikan untuk tempoh dua hingga tiga bulan untuk merawat kecederaan lutut yang dialaminya ketika aksi La Liga menentang Eibar.

Mereka juga telah kehilangan Ansu Fati, Sergi Roberto dan Gerrard Pique yang turut mengalami kecederaan jangka panjang dan tentunya menyukarkan usaha Barca untuk merebut kejuaraan liga musim ini.

Dalam pada itu, agak menghairankan mereka melepaskan Carles Alena untuk dipinjamkan kepada Getafe sehingga penghujung musim ini.

Bukan lagi rahsia Koeman amat mengidamkan Mamphis Depay bagi menyertainya di Nou Camp kerana beliau telah ‘menghalau’ Luis Suarez pada awal musim tempoh hari dan Martin Braithwaite mungkin tidak cukup bagus untuk mengisi kekosongan tersebut.

‘Amat penting untuk meningkatkan skuad ini. Saya masih merasakan ada keperluan untuk mewujudkan persaingan di beberapa posisi supaya pemain lebih efektif,” ujar Koeman dalam laporan yang disiarkan oleh Bein Sports.

“Namun saya memahami situasi semasa kelab. Saya cuma harap jika tidak mungkin berlaku, kita terpaksalah menunggu sehingga jendela perpindahan yang seterusnya.”

Pandemik COVID-19 ternyata telah memberi impak yang cukup besar kepada Barcelona sehingga mereka terpaksa ‘melutut’ kepada pemain skuad utama untuk membuat pengurangan gaji sehingga 40% untuk mengelak kelab tersebut diisytihar muflis.

Pihak pengurusan berharap Koeman dapat memanfaatkan ‘masa sukar’ kelab tersebut bagi meningkatkan keupayaan pemain-pemain muda seperti Francisco Trincao, Pedri, Riqui Puig, Sergino Dest dan lain-lain.

Dalam perkembangan lain, Koeman mengesahkan Samuel Umtiti yang sudah cergas sepenuhnya akan diturunkan dalam perlawanan akan datang bagi menggantikan Clement Lenglet yang digantung.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ronald Koeman dan Barcelona:

Senarai Bintang Dunia Pernah Diasuh Koeman Jadi Sebab Utama Barcelona Harus Bersabar

Koeman: Amat Sukar Buat Barcelona Untuk Rebut Kejuaraan La Liga

Tewas Kepada Atletico Madrid, Projek ‘Barcelona Baharu’ Koeman Dipersoal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN