Wakil Flumen Holdings Bidas MB Kedah Keluar Kenyataan Mengelirukan

Kerjasama Semuanya BOLA

Presiden KFA

Pendedahan dari Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor yang mengatakan proses ambil alih Kedah Darul Aman FC oleh pihak Flumen Holdings dan Go Auto telah gagal menambah episod baharu dalam bola sepak Malaysia.

Di pihak kerajaan negeri, keputusan untuk tidak meneruskan rundingan adalah disebabkan pihak yang berminat melakukan permintaan yang tidak munasabah di mata mereka.

Namun begitu, ianya tidaklah seteruk yang digambarkan oleh kerajaan negeri menurut hemat pihak sebelah sana.

Dalam kenyataan balas, pemilik syarikat Flumen Holdings, Shaizuan K’Zaman mengatakan yang kerajaan negeri memberikan kenyataan mengelirukan semasa sidang media.

Shaizuan mengaku yang pihaknya ada meminta tanah dan juga hak kepada Stadium Sultan Abdul Halim serta Stadium Darul Aman.

Namun ianya adalah bersebab dan jelas sekali berpaksikan kepada untuk kebaikan jangka panjang pasukan.

Permintaan tanah tersebut adalah untuk mengabungkan unsur bisnes dan juga bola sepak dalam pasukan yang seterusnya menaikkan ekonomi negeri.

“Ya betul kami minta tanah tapi bukan percuma dan bukan murah-murah. Orang putih kata there is no free lunch. Dari awal, kami nyatakan kepada wakil MB kami bersedia bincang harga, lokasi dan cara bayar.”

“Sehingga pengumuman semalam, tiada langsung teguran atau rungutan dari pihak PKNK atau exco pelaburan YB Dato’ Wira Ku Rahman bahawa permohonan tanah ini tidak munasabah dan membalun tanah negeri kerana mereka sendiri faham bahawa ianya melibatkan pembayaran harga munasabah, membawa masuk pelaburan baru, mencipta ribuan peluang pekerjaan.”

KISAH PENSWASTAAN KEDAH FC: SISI SAYA1. Saya bukan orang politik. Saya tidak bermusuh dengan mana-mana ahli politik….

Posted by Shaizuan K'Zaman on Wednesday, February 17, 2021

Berkenaan stadium pula, Shaizuan mengatakan yang pihaknya bukanlah mahu mengambil terus dua stadium tersebut sebaliknya mereka cuma mahukan hak konsesi sahaja terhadapnya.

“Kami bukan hendak ambil terus secara percuma, yang kami cadangkan adalah [stadium] diuruskan oleh pihak syarikat dan keuntungan dikongsi bersama dengan perbadanan stadium.”

“Malangnya kami tidak pasti samada cadangan ini telah dilihat secara teliti atau tidak tiba-tiba sahaja kami hanya tahu melalui sidang media semalam betapa ‘murkanya’ YAB MB dengan cadangan ini tanpa diberi peluang bersemuka menjelaskan cadangan kami ini.”

Bagi Shaizuan, permintaan pihaknya terhadap stadium bukanlah untuk menguasai penuh aset tersebut, sebaliknya adalah untuk memastikan aliran wang pasukan berada dalam keadaan positif.

“Kami mohon dikecualikan bayaran sewaan stadium yang begitu tinggi untuk tahun pertama sahaja supaya aliran tunai kelab positif sepanjang tahun pertama.”

“Ini disebabkan jadual liga Malaysia amat menakutkan semua pemilik kelab. Jika cadangan ini tidak dipersetujui, kami bersedia untuk mempertimbangkan pilihan-pilihan lain.”

Jelas sekali, Shaizuan kecewa dengan kenyataan Sanusi semalam yang dilihat “semborono” menghentam pihaknya akibat dua perkara ini.

Baca artikel kami mengenai Kedah Darul Aman FC:

Sanusi Md Nor: Kedah Gagal Diambil Alih Oleh Syarikat Swasta

80 Peratus Selesai, GoFlumen Semakin Hampir Jadi Pemilik Kedah

Kedah Sudah Temui Jalan Keluar Kepada ‘Masalah’ Di Posisi Bek Kiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply