Wajarkah Pembantu Pengadil Batal Gol Ronaldo VS Serbia Digugurkan Dari Euro 2020?

Pengadil yang bertanggungjawab tidak memberikan gol kepada Portugal yang ternyata jelas ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia, Mario Diks kini digugurkan dari senarai pegawai perlawanan dari Belanda untuk mengadili perlawanan sepanjang kejohanan Euro 2020 nanti.

Dalam perlawanan di antara Portugal menentang Serbia sebelum ini, gol minit akhir Cristiano Ronaldo sepatutnya memberikan kemenangan kepada Portugal.

Namun kerana jaringan tersebut dibatalkan, keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2. Pengadil utama perlawanan, Danny Makkelie telah membuat permohonan maaf terbuka selepas perlawanan, dan kini Diks telah digugurkan untuk kejohanan serantau yang akan diadakan pada musim panas ini.

Apa yang berlaku?

Dalam perlawanan tersebut Ronaldo melakukan penyudah sempurna selepas berjaya menyambut hantaran membelah pertahanan oleh Nuno Gomez dalam tempoh masa kecederaan.

Ulang tayang selepas itu jelas menunjukkan bola telah melintasi garisan gol sebelum ianya dikeluarkan oleh pemain Serbia, Aleksandar Mitrovic.

Ronaldo sudah tentu memprotes apabila gol yang sah sebegitu dibatalkan. Akibatnya, kapten Portugal itu dilayangkan kad kuning kerana perbuatannya itu.

Disebabkan rasa tidak puas hati, Ronaldo membaling lilitan kaptennya sebelum terus meninggalkan permainan sebelum wisel penamat sebenar ditiup oleh pengadil

Apa pembantu pengadil katakan?

Diks mengesahkan penguguran namanya kepada Omrop Fryslan, dan turut meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan akhir yang diambil di sebalik sumbangan besar selama ini termasuk ketika tugasan perlawanan akhir Europa League dan separih akhir Piala Kelab Dunia FIFA.

“Ini amat, amat mengecewakan buat diri saya kerana sangat hampir untuk ke Kejohanan Eropah (Euro 2020),” kata beliau.

“Pada Rabu, 31 Mac, saya ada mendegar dari Makkelie yang beliau mahu meneruskannya bersama pembantu pengadil lain, kerana tiadanya lagi keyakinan terhadap kerjasama di antara kami.

“Saya sebenarnya mengharapkan lebih banyak sokongan diberikan, lebih banyak persefahaman dan kepercayaan selepas kejayaan dalam kerjasama sebelum ini [ketika bergandingan mengadili perlawanan].

Apa jawapan Makkelie?

Makkelie telah mendedahkan bahawa Jan de Vries telah dipilih untuk menggantikan tempat Diks dalam barisan pasuka pengadilannya. Namun Makkelie enggan mengesahkan kesilapan ketika perlawanan menentang Serbia sebagai punca pengguguran Diks dilakukan.

“Ia benar Jan de Vries akan mengganti tempat Mario Diks di dalam pasukan,” tambah Makkelie kepada Omrop Fryslan.

“Ia adalah isu berpasukan. Tanpa tidak menghormati Mario [Diks], ia sebenarnya adalah untuk kepentingan pasukan. Kami tidak akan memberi sebarang kenyataan untuk mendedahkan sebab perubahan dilakukan.

Penutup

Pada pendapat anda wajarkah pembantu pengadil sahaja yang digugurkan? Bagaimana dengan pengadil utama?

Bincangkan melalui platform yang kami sediakan. Kami mahu mendengar pendapat anda juga.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ronaldo dan Euro 2020:

Football Republic Perkenalkan Bola Rasmi EURO 2020, Uniforia

https://semuanyabola.com/senarai-jersi-negara-euro-2020/

10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN