Virgil Van Dijk: Kami Terima Padah Atas Kesilapan Sendiri

Kerjasama Semuanya BOLA

Virgil Van Dijk

Pemain Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui yang pasukannya berhak kalah dengan Arsenal walaupun mereka cuma mendaftarkan dua percubaan tepat ke arah pintu gol semalam.

Menurut laporan Goal, kesilapan yang dilakukan oleh beliau serta penjaga gol Alisson Becker jelas memberi peluang kepada Arsenal untuk memperoleh tiga mata dalam saingan semalam.

Ia sekaligus menafikan peluang Liverpool untuk memperoleh kutipan mata melebihi 100 mata dalam saingan Premier League musim ini.

“Kami berikan gol tersebut seperti memberikan hadiah kepada mereka,” itulah reaksi Van Dijk ketika ditanya selepas perlawanan.

Van Dijk melakukan kesilapan selepas hantara ke belakangnya yang lemah memberikan peluang kepada Alexandre Lacazette menyamakan kedudukan.

Selepas itu, kesilapan Alisson memberikan peluang kepada Reiss Nelson untuk meletakkan Arsenal di depan sekali gus memberikan tiga mata buat tuan rumah.

Pada pendapat pemain pertahanan Belanda itu, perlawanan itu jelas dikuasai oleh Liverpool sewaktu mendahului menerusi jaringan Sadio Mane namun kemudiannya perkara itu berubah.

“Sampai kami berikan gol pertama kepada mereka, perlawanan ini adalah mengenai kami. Kami berikan mereka dua jaringan dan untuk kembali daripada ketinggalan seperti itu memang sukar.”

Van Dijk mengakui kesilapannya itu dan sedar orang luar boleh katakan yang mereka kini sudah juara menjadi punca kepada kesilapan itu.

Kekalahan ditangan Arsenal menyaksikan Liverpool merakamkan kekalahan kedua selepas bola sepak kembali bersambung di England.

Sebelum ini mereka tumbang kepada Manchester City.

Baca juga artikel kami mengenai Virgil Van Dijk:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram