Virgil Van Dijk Dedahkan Sebab Beliau Memilih Liverpool

Virgil Van Dijk premier league

Pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk mendedahkan sebab beliau memilih The Reds meskipun pada ketika itu terdapat juga pasukan yang turut menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton pada jendela perpindahan musim sejuk 2017/18 dengan yuran perpindahan bernilai  £75 juta yang sekaligus menjadikannya sebagai pertahanan termahal di dunia sebelum Harry Maguire dan Manchester United memecahkan rekod tersebut.

Menurut sumber Goal, Manchester City juga dikatakan turut bersaing bersama Liverpool untuk mendapatkan pemain pertahanan kelahiran Breda, Belanda ini.

Sehubungan dengan itu, Van Dijk menjelaskan sebab yang mendorongnya untuk memilih Liverpool berbanding pasukan lain.

”Sebelum saya membuat keputusan untuk memilih Liverpool, saya melihat dari segenap aspek mengenai kelab ini. Bagaimana cara mereka bermain, rakan sepasukan, masa depan kelab ini juga.”

”Bandaraya, para penyokong mereka juga menjadi penyebab utama dalam memilih sebuah kelab.”

”Saya fikir Liverpool ketika saya membuat keputusan adalah tepat dan kami berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dalam enam bulan terawal saya di sana, ia merupakan satu bonus dan membantu saya untuk dalam peningkatan prestasi saya,” ujar Van Dijk lagi.

Kini selepas dua musim setengah mengepalai jentera pertahanan Liverpool, sumbangan berkesan yang diberikan oleh Van Dijk semakin jelas terserlah apabila membantu kelab Merseyside itu menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 dan juga kini sedang selesa mendahului Liga Perdana Inggeris.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Van Dijk:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN