Vinnie Jones Muncul Dalam Filem Kingsman 2!

Rata-rata ramai sudah mengalami demam filem Kingsman 2. Filem aksi perisikan dan komedi ini dinanti oleh seluruh dunia.

Bekas pemain Wimbledon yang beralih angin ke layar perak, Vinnie Jones turut berlakon dalam filem ini. Beliau membawa watak pembantu kepada watak jahat dalam filem ini.

Didedahkan sendiri

Vinnie mendedahkan sendiri di laman Twitternya bahawa beliau akan beraksi dalam filem itu. Antara pelakon yang menjayakan filem itu ialah Taron Egerton, Colin Firth.

Channing Tatum, Jeff Bridges dan Halle Berry juga antara pelakon yang muncul dalam sekuel filem yang popular pada dua tahun lepas ini.

Tambah menarik, Sir Elton John, penyanyi yang pernah menjadi pengerusi Watford juga berlakon dalam filem ini. Beliau dikhabarkan membawa watak fiksyennya sendiri.

Eggsy sokong Millwall?

Salah satu adegan dalam Kingsman: The Secret Service.

Dalam filem Kingsman: The Secret Service, barangkali ramai perasan satu shot Eggsy berhadapan dengan sebuah cermin. Di sisi cermin itu tergantung mafla sebuah kelab di London.

Banyak sumber mengatakan, kelab itu ialah Millwall. Malah warna pada mafla itu terang terangan memaparkan warna Millwall.

Mungkin ia disengajakan untuk menghidupkan watak Eggsy lakonan Taron Egerton itu sebagai peminat bola sepak. Walaubagaimana pun, kami tidak sabar menonton watak Vinnie Jones.

Tapi dalam masa sama, kami ingin juga menonton satu aksi layar perak antara Eric Cantona menentang Vinnie Jones. Sebelum ini, mungkin ada yang dah nikmatinya di padang bola sepak!

P/s: Rasanya meriah juga kalau ada David Beckham dan Jason Statham!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN