Vinnie Jones Gembira Dengan Hari Pembalasan Ke Atas MK Dons

Jika anda pernah membaca artikel kami tentang sejarah MK Dons di semuanyaBOLA, anda pastinya tahu akan permusuhan kelab tersebut dengan AFC Wimbledon kerana apa yang MK Dons lakukan kepada Wimbledon FC .

Ia mungkin kisah yang paling tragis dalam bola sepak. Kelab lagenda Inggeris sejak 1889 ini antara kelab yang sudah lenyap dan tidak ada lagi.

Mereka pernah memenangi Piala FA pada 1988 dan juara Divisyen 1 pada era The Crazy Gang. Mereka berada di EPL sejak dari penubuhannya sehingga milenium. Anda pasti kenal Vinnie Jones?

Selepas penyingkiran pada tahun 2000, lembaga pengarah memutuskan untuk memindahkan kelab itu ke Milton Keynes pada tahun 2002.

Mereka berpindah dari tempat asal kepada di Selatan London ke Buckhinghamshire. Seleaps itu, lembaga pengarah kelab memutuskan kelab baru adalah Milton Keynes Dons F.C. (MK Dons) di bawah pemilik baru Milton Keynes Development Corporation.

Penyokong mereka sangat kecewa dengan keputusan itu kerana tempat tersebut sudah menjadi pusat tradisi kelab mereka sejak sekian lama.

Pada 2002, penyokong mereka mulai membina kelab mereka sendiri iaitu AFC Wimbledon dan berkat usaha mereka naik sehingga ke League 1.

Yang pasti Wimbledon yang asal sudah terhapus dari dunia bola sepak kerana pengurusan yang gagal! Anda mungkin boleh senaraikan nama-nama pemain Wimbledon yang pernah anda saksikan di kaca tv dahulu.

MK Dons telah diiktiraf sebagai musuh sejati oleh AFC Wimbledon.

Penyokong mereka mulai membina kelab mereka sendiri iaitu AFC Wimbledon. Ianya hasil berkat usaha mereka, hari ini mereka beraksi di EFL League 1.

Minggu lalu, MK Dons tersingkir ke League 2 manakala Wimbledon FC pula berjaya kekal di League 1.

Bekas bintang Wimbledon, Vinnie Jones menganggap ia pembalasan yang selayaknya. MK Dons akan beraksi di ‘tier’ ke-4 Liga Inggeris buat pertama kali sejak 2008.

Bercakap kepada talksport, Vinnie berkata:

“Oh yeah! Itu penyingkiran yang bagus.”

Vinnie Jones juga berpendapat, MK Dons tak layak menggunakan nama ‘Dons’ yang menjadi kebanggan Wimbledon FC.

“Dengar nama itu itu pun rasa meluat. Mereka patut tukar nama kelab mereka kepada Milton Keynes Relegation Proprietors.”

AFC Wimbledon pernah memenangi 6 promosi dalam 13 musim sejak ia ditubuhkan pada 2002 oleh penyokong yang berdarah ‘Womble’.

Musim depan adalah musim pertama kelab yang dikuasai kapitalis berada di bawah divisyen kelab yang dibina penyokong yang penuh kecintaan kepada kelab bernama Wimbledon FC yang sudah dilenyapkan.

AFC Wimbledon mengekalkan kesemua tradisi Wimbledon FC. Mereka juga sentiasa berpendapat, mereka adalah Don yang sebenar.

“Saya pernah memberikan medal Piala FA saya kepada AFC Wimbledon untuk mereka abadikan di muzium kelab mereka. Mereka lebih berhak memiliki sejarah itu, bukan MK Dons.”

“Benda tu nampak kecil, kerana ianya hanyalah medal dengan gambar saya di kabinet piala.”

“AFC Wimbledon masih menggunakan logo kelab yang kami pakai dahulu, sebab itu saya berikan medal itu kepada mereka.”

Anda boleh baca 2 artikel ini untuk informasi lebih lengkap tentang permusuhan 2 kelab ini:

AFC Wimbledon: Kisah ‘The Crazy Gang’ Dan Perpecahan Mereka Dari Wimbledon FC

4 Cara AFC Wimbledon Layan Kelab ‘Pembunuh’ Wimbledon FC Iaitu MK Dons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram