Vinicius Perlu Perbaiki Teknik ‘Shooting’ Dan Jangan Lupa Diri, Kata Zico

Legenda Brazil, Zico memberikan komen beliau ke atas aksi Vincius Junior. Pemain muda itu menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan €45 juta.

Zico yang sudah melihat aksi pemain itu banyak kali berkata Vinicius harus memperbaiki kualiti penyudah gol beliau.

“Dalam apa sahaja bidang kamu, rahsia kejayaan adalah bagaimana kamu bekerja. Semua orang lahir dengan bakat.”

“Dan kamu harus berusaha memperbaiki bakat itu dengan usaha.”

“Ada beberapa situasi boleh diperbaiki sehingga sempurna. Ada beberapa asas dalam permainan yang Vinicius harus perbaiki. Dan saya berpendapat beliau harus bekerja keras untuk memperbaiki lagi keupayaan penyudah gol.”

“Menggunakan kaki hadapan (instep) merupakan salah satu kelamaan beliau. Anda tidak boleh bergantung kepada satu teknik percubaan gol sahaja.”

Namun Zico tak panik dengan masalah itu kerana Vinicius masih berusia 18 tahun dan berada di kelab yang ada staf kejurulatihan berkelas dunia.

Jika pemain itu serius dalam memperbaiki dirinya dan berdisiplin, Zico percaya Vinicius akan menjadi bakat elit dalam bola sepak dunia beberapa tahun lagi.

Ini kerana Vinicius seorang yang licik dan bijak dalam permainan.

“Beliau seorang yang sangat berbakat. Beliau seorang pemain yang saya tak pernah ragui akan kualitinya.”

Zico juga mengingatkan agar pemain itu dapat berbakti kepada Brazil suatu hari nanti.

Zico tidak berselindung akan kerisauan beliau kepada Vinicius . Beliau tak mahu pemain itu menjadi Diego Costa yang memilih mewakili Sepanyol, serta beberapa pemain Brazil lagi yang memilih mewakili negara lain.

“Beliau boleh meningkat lebih banyak lagi, cuma saya berharap yang beliau tak pernah lupakan asal usulnya orang sebagai orang Brazil.”

Bercakap tentang beza Vinicius dengan Neymar, Zico menyatakan yang Neymar lebih licik dan Vinicius lebih banyak menggunakan kelajuan untuk mengatasi lawan. Aspek ini juga boleh dipertingkatkan lagi oleh Vinicius Junior.

“Beza beliau dengan Neymar adalah, kebijaksanaan dan kelicikan ketika melepaskan diri dalam situasi 1 lawan 1.”

“Kita gembira kerana beliau sudah menunjukkan bakat beliau dan pelaburan untuk beliau nampak baik sekali.”

“Satu lagi pesanan saya, beliau harus bersabar menunggu detik beliau dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin dengan kemampuan yang beliau ada.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN