Vinicius Junior Hargai Peluang Diberi Solari, Akui Zidane Miliki Aura Tersendiri

Penyerang muda Real Madrid, Vinicius Junior menjalani musim pertama yang cukup mengkagumkan bersama Los Blancos.

Walau belum cukup semusim, Vinicius melalui karier bersama tiga pengurus yang berbeza iaitu Julen Lopetegui, Santiago Solari serta Zinedine Zidane bersama Real Madrid.

Sebagai pemain muda, pengalaman tersebut pastinya sesuatu yang sukar untuk dihadapi olehnya. Ini kerana Vinicius masih perlu beradaptasi bagi menemukan peranan sebenarnya dalam pasukan. Namun pada masa yang sama, turut perlu berhadapan dengan corak pemainan dari tiga jurulatih berbeza.

Semasa dilatih oleh Santiago Solari, Vinicius beberapa kali mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Kini, di era Zidane, Vinicius perlu bekerja lebih keras bagi mendapat kepercayaan bekas maestro tengah Los Blancos itu.

Kepercayaan Solari

Vinicius mengaku bahawa beliau amat terhutang budi dan berterima kasih kepada Santiago Solari kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap beliau beraksi bersama pasukan utama.

“Solari memberikan peluang untuk saya bermain, untuk saya melakukan tugas saya, dan saya lebih menyukainya,” ungkap Vinicius.

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 3: Vinicius Junior of Real Madrid, coach Santiago Solari of Real Madrid during the La Liga Santander match between Real Madrid v Real Valladolid at the Santiago Bernabeu on November 3, 2018 in Madrid Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

“Dia berkata kepada saya bahawa jika saya mampu bermain baik bersama Castilla, saya akan bermain untuk pasukan utama.”

“Lalu, ketika saya tiba di pasukan utama, dia memberikan saya peluang seperti yang pernah dijanjikan.”

Aura Zidane

Sekarang, Vinicius mengaku Zidane adalah jurulatih yang berbeza dari Solari. Seperti memiliki aura tersendiri – setiap kali Zidane memberikan kata-kata, setiap pemain akan memberikan tumpuan dan mendengarnya dengan bersungguh-sungguh.

MADRID, SPAIN – MARCH 15: coach Zinedine Zidane of Real Madrid during the Real Madrid training and Press Conference on March 15, 2019 in Madrid Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

“Saya sudah melihat video-video Zidane sebagai pemain dan dia amat luar biasa.”

“Casemiro berkata pada saya, ketika Zidane berbicara, dia merasakan sedikit gementar.”

“Cara Zidane berbicara cukup berbeza jika dibandingkan dengan Solari. Dia adalah legenda, dia pemenang segalannya dan dia istimewa,” ujar Vinicius.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN