Vincent Tan Mahu Elak Daripada Melakukan Kesilapan Terdahulu

Hartawan Malaysia dan juga pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan tekad tidak mahu mengulangi kesilapan lampau dan sudah mempunyai perancangan untuk kelab miliknya, Cardiff City setelah mengesahkan tempat ke saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Beliau terharu apabila dijulang oleh pemain dan penyokong, sebelum dipeluk jurulatih, Neil Warnock di hadapan ribuan penonton di Stadium Cardiff City selepas pasukannya mengesahkan tiket liga paling popular di dunia.

Cardiff layak selepas Fulham tumpas mengejut 1-3 di Birmingham pada hari terakhir Liga Kejuaraan, sekali gus membolehkan mereka muncul naib juara dengan 90 mata, sembilan mata di belakang Wolverhampton.

“Sudah sembilan tahun saya berada di sini. Kali pertama saya membawa masuk wang pada 2009.

“Saya akui, saya melakukan kesilapan awal ketika menukar warna (logo kelab) tetapi saya memperbetulkan kesilapan itu. Tiada lagi pertikaian tentang warna.

“Saya rasa, kelab ini sudah kembali bersatu. Semua orang menuju ke arah yang sama. Lembaga Pe­ngarah, pasukan, peminat, media.

“Kami mahu semua orang be­r­­­­ada dalam keadaan positif kerana ada banyak perkara positif di sini,” kata Vincent yang dipetik WalesOnline.

Ribuan penyokong Cardiff City meraikan kejayaan layak ke saingan EPL musim depan.

Vincent menganggarkan nilai terkini kelab adalah sekitar 190 juta pound (RM1.013 bilion).

Lima tahun lalu, Cardiff berjaya ke Liga Perdana tetapi kelab Wales itu hanya bertahan semusim selepas menduduki tangga tercorot dalam kempen 2013/2014.

Sementara itu, bekas pemilik Cardiff, Sam Hammam memuji Vincent dan ahli lembaga kelab yang jelasnya telah banyak belajar daripada kesilapan.

“Saya dapat melihat model Vincent Tan pada 2018 berbeza daripada 2013.

“Saya percaya, beliau lebih berpengalaman dan telah belajar daripada kesilapan,” kata Hammam kepada BBC Sport Wales.

Hammam memiliki Cardiff dari 2000 hingga 2006 tetapi meninggalkan kelab dengan hutang seba­nyak 15 juta pound (RM80 juta) sebelum Vincent berjaya menyelesaikan hutang sepenuhnya pada 2013.

Beliau mengakui, Vincent me­lakukan kesilapan pada 2013 apabila melakukan beberapa pembelian besar pemain seperti Andreas Cornelius, Gary Medel dan Steven Caulker.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN