VIDEO: Saksikan Zainal Abidin Hassan Sebagai ‘Awang Import’ Dalam Filem Klasik Kolej 56

Malam ini, kami sajikan sesuatu yang berbeza terutamanya buat pembaca kami yang kini di tahap ‘old school’!

Hal ini kerana, klip yang anda akan saksikan ini adalah dari petikan filem klasik Kolej 56 yang pernah menghiasi dunia perfileman negara pada tahun 1989.

Filem muzikal ini mengisahkan mengenai pelajar-pelajar di sekolah elitis Putra College yang menjalani hari-hari mereka sebelum diterbangkan ke luar negara untuk menyambung pelajaran di sana.

Kolej 56 dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Ahmad Fauzee, Salwa Abdul Rahman, Shah Reza dan Erma Fatima.

Babak yang kami akan siarkan ini melibatkan legenda bola sepak negara yang kini menjadi ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan melakukan kemunculan singkat (cameo) dalam filem ini.

Lebih menarik, beliau memegang watak sebagai pemain import dari Afrika bagi pasukan lawan kepada Putra College dalam satu perlawanan bola sepak.

Saksikan klip ini yang juga turut menyelitkan elemen komedi di dalamnya, mampukah Putra College menghalang Zainal dan pasukannya daripada memperoleh kemenangan? Sama-sama kita saksikan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram