[Video]: West Ham ‘Troll’ Sancho Yang Diaibkan Oleh Nutmeg Fornals

Ibarat sudah luka disimbah cuka, sudahlah kalah, West Ham terus menambah rasa kekecewaan di kem Manchester United apabila berkongsi video Jadon Sancho menjadi mangsa nutmeg Pablo Fornals.

Selepas tewas secara dramatik dengan jaringan 2-1 di Stadium London di dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu lalu, West Ham berjaya membalas dendam apabila menyingkirkan pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer dari saingan Piala Carabao dengan kemenangan 1-0 di Old Trafford pada awal Khamis lalu.

Gol kemenangan oleh Manuel Lanzini pada minit ke-8 perlawanan membuka laluan untuk West Ham berhadapan dengan satu lagi kelab dari Manchester, iaitu Manchester Citu di pusingan seterusnya.

Sancho dibeli oleh Manchester United dari Borussia Dortmund dengan tanda harga £73 juta pada musim panas lalu, diaibkan dengan aksi nurmeg pada lewat babak kedua.

https://twitter.com/bestgug/status/1441257636154916867

Bekas pemain akademi Manchester City itu cuba melakukan pressing terhadap Fornals di dalam kotak penalti dengan Nemanja Matic dan Doony van de Beek juga berada berdekatan.

Namun demikian pemain dari Sepanyol yang tampil dari bangku pemain simpanan menampilkan keyakinan luar biasa apabila melakukan nutmeg terhadap pelaburan paling mahal pada musim panas oleh United, sebelum melancarkan serangan balas pantas.

Sancho yang kecewa menjadi mangsa nutmeg cuma mampu melakukan larian anak selepas itu.

Dan aksi tersebut pantas dikongsi oleh pasukan media West Ham di media sosial dengan kapsyen: “See ya later/ jumpa nanti bersama emoji hot dog.

Ini bukan kali pertama Sancho keluhatan bergelut selepas dinamakan di dalam kesebelasan utama oleh Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya tidak boleh merungut mengenai usaha mereka. Ia lebih disebabkan oleh rentak perlawaan, dan tahap keyakinan,” jelas Solskjaer mengenai prestasi Sancho dan pemain-pemain United yang lain.

“Mereka tidak berada di tahap terbaik kerana tidak cukup minit perlawanan. Ianya bagus akhirnya mereka mendapat peluang beraksi, tetapi kami tidak mendapat keputusan yang dimahukan.

“Seperti saya katakan, perlawanan ini kurang kualiti, tetapi bukan kurang daya usaha.”

Sancho kini telah tampil dalam tujuh perlawanan untuk Manchester United, dan sehingga kini belum lagi menjaringkan sebarang gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN