VIDEO: Voli Menarik Faizul Azuan Bantu Kemenangan Futsal Perak

Faizul Azuan

Seperti yang dilaporkan, Perak berjaya mencatatkan kemenangan sulung dalam Kejohanan Futsal Antarabangsa Powernet 2020 Piala Raja Iskandar Dzurkarnain selepas menundukkan Bank Sumut Cabkor Medan dari Indonesia dengan keputusan 2-0.

Di samping berjaya memungut tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang ke perlawanan akhir pada Ahad ini, jaringan menarik yang dihasilkan Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip nyata mencuri tumpuan.

Skuad Futsal Perak Bermula Cemerlang

Pemain kelahiran Ipoh itu melakukan percubaan voli menarik berpunca daripada sepakan sudut yang diambil Razin A. Rahim pada minit ke-10 perlawanan bagi membuka tirai jaringan. Rembatan kaki kiri tersebut tidak mampu dihalang penjaga gol Bank Sumut Medan, Visrut Sirawatjirapong.

Satu lagi jaringan buat pasukan Perak dihasilkan oleh Muhammad Firdaus Zulkefli berselang lapan minit kemudian bagi melengkapkan kemenangan 2-0 buat tuan rumah.

Kredit video & foto: Perak Futsal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN