VIDEO: Ultras PSG Buat Kacau Luar Bilik Hotel Real Madrid

Panas. Itulah gambaran yang boleh diberikan di sekitar bandaraya Paris, Perancis pada masa ini.

Dalam insiden terbaru menjelang sepak mula perlawanan kedua pertemuan kalah mati UEFA Champions Leaggue (UCL) di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid pada awal pagi nanti waktu Malaysia, sekumpulan anggota Ultras PSG dikatakan telah mengepung hotel penginapan pasukan Real Madrid.

PARIS, FRANCE – MARCH 5: Players of Real Madrid warm up during a training session at Parc des Princes on March 5, 2018 in Paris, France. (Photo by Helios de la Rubia/ Real Madrid via Getty Images). (Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1:30am waktu Perancis, dengan sekumpulan Ultras bertindak melakukan perarakan sambil memukul drum dengan tujuan membuat bising.

Kumpulan yang dipercayai dianggotai tidak kurang daripada 50 orang itu kemudiannya bertindak membakar mercun, dengan tujuan menganggu tidur pemain skuad Los Blancos.

Kejadian tersebut mengundang pihak polis bergegas ke lokasi kejadian, selepas pihak keselamatan Real Madrid membuat panggilan kepada pihak berkuasa tempatan.

Akhbar El Mundo melaporkan sekurang-kurangnya dua daripada anggota Ultras tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa melibatkan insiden itu.

Skuad kendalian Zinedine Zidane dilaporkan menginap di Hotel du Collectionneur, yang terletak 8 km daripada Parc des Princes selepas mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle pada Isnin lalu.

Sebahagian daripada media Sepanyol sebelum ini membangkitkan kebimbangan akan keselamatan pemain yang akan berkunjung ke Paris untuk perlawanan timbal balik ini.

PARIS, FRANCE – MARCH 5: Coach of PSG Unai Emery answers to the media at a press conference on the eve of UEFA Champions League match between Paris Saint Germain (PSG) and Real Madrid at Parc des Princes on March 5, 2018 in Paris, . (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Insiden terbaru ini memaksa pihak berkuasa tempatan untuk mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Skuad kendalian Unai Emery harus memenangi perlawanan dengan kelebihan dua gol, dan turut perlu menghalan Real Madrid daripada mendapat kelebihan jaringan di tempat lawan jika ingin mara ke peringkat seterusnya.

PSG tewas dalam perlawanan pertama di Estadio Santiago Bernabeu dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan pertama, dan terpaksa berhadapan dengan juara bertahan ini tanpa kelibat bintang Brazil, Neymar yang terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Ligue 1 pada minggu lalu.

PARIS, FRANCE – MARCH 5: Coach of Real Madrid Zinedine Zidane answers to the media at a press conference on the eve of UEFA Champions League match between Paris Saint Germain (PSG) and Real Madrid at Parc des Princes on March 5, 2018 in Paris, . (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

“Anda harus bermain menggunakan kepada dan juga jiwa yang anda miliki. Esok, jiwa itu adalah perkara terpenting,” ujar Emery kepada pemain-pemainnya menjelang perlawanan tersebut.

Sebelum insiden di persekitaran hotel penginapan Real Madrid, skuad Los Blancos turut menerima sambutan panas ketika mereka mendarat di Paris.

Ketibaan mereka pada Isnin lalu turut disambut oleh sekumpulan penyokong dengan banner tulisan-tulisan kesat, yang membawa makna ia bukan perlawanan yang mudah buat Real Madrid pada awal pagi nanti.

Ikuti rakaman amatur insiden membabitkan Ultras PSG di sekitar hotel penginapan pasukan Real Madrid melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN