VIDEO: Saksikan ‘Trailer’ Master League PES2020 Yang Cukup Mengujakan!

Salah satu cabang permainan eFootball Pro Evolution Soccer 2020 (PES2020) yang cukup diminati pemainnya adalah Master League.

Master League atau ML merupakan mod permainan yang dimana pemain akan menjadi pengurus pasukan dan membawa nama mereka ke puncak kejayaan.

Untuk edisi PES2020, Konami telah memberikan nafas baharu kepada ML dengan seolah-seolah mencipta semula mod itu dari asal!

Mereka meletakkan pelbagai adegan (cutscenes) di padang latihan, bilik persalinan, bilik perbincangan serta ketika sidang media di pengurus menjawab pelbagai soalan.

Soalan yang ditanya akan membolehkan pemain untuk memilih jawapannya, setiap jawapan akan menentukan jalan cerita seterusnya untuk karier anda.

Selain itu, perpindahan juga kini telah mengikuti dunia sebenar. Nilai perpindahan dalam siri ML sebelum ini jelas tidak masuk akal kerana harganya sering lebih rendah dari dunia sebenar.

Kali ini, ianya lebih realistik terutamanya dengan nilai perpindahan pemain utama dunia kini sudah melebihi nilai ratusan juta.

Selain itu, PES2020 membolehkan anda untuk menjadi pengurus legenda dalam permainan bola sepak menguruskan pasukan anda dan menguasai dunia.

Johan Cryuff, Lothar Matthaus, Zico dan ramai lagi bekas pemain dan pengurus akan dimasukkan dan anda boleh menjadi mereka dalam siri ML dan mengawal pasukan anda.

Ikut video trailer Master League PES2020 yang cukup mengujakan dan berikan pendapat anda di ruangan komen!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN