Video: Son Heung Min Hanya Perlukan 2 Minit Untuk Hukum Si ‘Racist’ Diego Valdes

Kerjasama Semuanya BOLA

Perlawanan persahabatan di antara Korea Selatan dan Chile dibayangi oleh tersebarnya gambar Diego Valdes yang menggunakan ‘gesture’ stereotaip rasis kepada Korea Selatan.

Sebelum perlawanan, Diego Valdes menunjukkan isyarat mata sepet ketika bergambar dengan peminat dari Korea Selatan pada Isnin. Gambar itu cepat tersebar.

Valdes kemudiannya meminta maaf di atas kelakuannya. Dan dia menyatakan dia tiada niat rasis atau menghina sesiapa. Sebaliknya dia hanya mahu bergurau. Beliau berkata:

“Berhubung dengan gambar yang muncul di media sosial, saya tidak pernah berniat untuk menghina sesiapa sahaja. Saya ingin meminta maaf ke atas sesiapa sahaja yang terasa hati.”

Pengurus Chile enggan mengulas isu itu dalam sidang media beliau.

Ramai yang masih marah dengan Diego Valdes. Tetapi Son Heung Min ada cara beliau sendiri untuk memalukan balik si Diego Valdes.

Hanya selepas 2 minit perlawanan berlangsung di atas padang, Son Heung Min dengan sengaja melakukan nutmeg ke atas pemain itu.

Aksi itu menjadi bualan hangat di media sosial dan peminat ternyata berpuas hati dengan hari Valdes dimalukan oleh Son Heung Min.

Itulah cara sebaiknya untuk seorang pemain bola sepak menghukum.

Seorang pengguna twitter menulis:

“Menamatkan kisah rasisme dengan nutmeg.”

Ada juga komen menyatakan:

“Ini mungkin nutmeg terbaik yang anda saksikan musim ini.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram