VIDEO: Semua Gol Chelsea Dalam UEFA Europa League 2018/2019

Chelsea

Chelsea yang merupakan juara Liga Europa 2018/19 bakal membuat perhitungan menentang Liverpool (juara Liga Juara-Juara Eropah) pada aksi Piala Super Eropah 2019 di Vodafone Park, pada awal pagi esok.

The Blues yang ketika itu dibimbing Maurizio Sarri berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah pada 15 perlawanan sekaligus meraih kejuaraan tersebut selepas menundukkan Arsenal 4-1 di Baku, Azerbaijan.

Sebanyak 36 jaringan telah dihasilkan Chelsea sepanjang kempen itu dan Olivier Giroud dinobatkan penjaring terbanyak setelah meledakkan 11 jaringan termasuk satu ketika aksi final.

Pedro menjaringkan 5 gol manakala dua pemain muda, Ruben Loftus-Cheek dan Callum Hudson-Odoi masing-masing mencetak 4 gol.

Mari kita singkap kembali setiap jaringan yang telah dihasilkan Chelsea sepanjang kempen Liga Europa 2018/19.

Kredit foto: Talk Chelsea

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN