Video: Salji Tebal Di Bundesliga, Mana “Penalty Spot”?

Salji telah turun dengan tebal di sebahagian kawasan di Eropah. Sudah ada perlawanan yang tertangguh untuk beberapa ketika untuk perlawanan bola sepak.

Kerja-kerja pembersihan padang dilaksanakan. Tetapi kecuaian seseorang telah memberi gangguan kepada perjalanan lancar bagi sesebuah perlawanan bola sepak!

Kerana kau!

Sabtu lalu, perlawanan Bundesliga antara Cologne menentang Freiburg terganggu kerana salji yang tebal. Perlawanan tersebut telah ditangguh selama 30 minit untuk proses pembersihan.

Ya, anda boleh lihat betapa tebalnya salji di padang dalam video di atas.

Kecelaruan bermula apabila pemain Freiburg menjatuhkan Sehrou Guirassy dalam kotak penalti. Kemudiannya Cologne dihadiahkan sepakan penalti.

1, 2, 3, 6, 12! Sumber: The Sun.

Namun pengadil perlawanan, Robert Kampka tidak mengesan di manakah penalty spot. Rupa-rupanya groundsman telah terlupa mengecatnya!

Malah para pemain pun tidak menemuinya. Akhirnya, Robert mengambil keputusan dengan membuat kiraan 12 langkah dari garisan gol. Sehrou Guirassy kemudiannya menjaringkan gol buat Cologne untuk menjadikan keputusan 2-0.

Panas dalam dingin

Semasa perlawanan rehat separuh masa, Cologne mendahului skor dengan 3 berbalas 1. Kemudiannya Janik Haberer menjaringkan gol kedua Freiburg pada minit ke-65.

Freiburg seolah nampak akan tewas pada perlawanan tersebut. Kemudiannya pada minit-minit akhir perlawanan dua kali Freiburg dihadiahkan sepakan penalti.

Salah satu sepakan itu berpunca daripada Sehrou Guirassy. Bola telah terkena tangan beliau dan ia dikesan oleh pengadil.

Nils Petersen tersebut menjaringkan kedua-dua penalti. Mujurlah salji telah dibersihkan semasa rehat separuh masa! Tidaklah pengadil dan para pemain terkial-kial mencari penalty spot lagi selepas itu!

Pemain Freiburg merayakan kejayaan mereka menumpaskan Cologne! Sumber: Whoateallpies.

Perlawanan berkeputusan berpihak kepada Freiburg. Nampak gayanya Cologne mengigit jari. Masakan tidak, sudah elok mendahului permainan, tetapi tumpas jua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN