Video: Saksikan Kawan Nwakaeme, Nicolas Pepe Ucap Hogoh Pahang Hogoh

Pernah tak anda membayangkan pemain termahal dalam sejarah Arsenal, Nicolas Pepe menggunakan loghat Pahang dan menyebut Hogoh Pahang Hogoh?

Hogoh Pahang hogoh merupakan tagline yang popular di kalangan penyokong Pahang untuk memberikan semangat kepada para pemain mereka.

Hogoh bermaksud, menggegar ataupun menggocang sesuatu dengan kuat dan sepenuh tenaga.

Nicolas Pepe bukannya nama asing di kalangan peminat bola sepak terutama sekali di Malaysia yang sangat meminati EPL.

Dickson Nwakaeme memuat naik satu status di mana beliau mahu Pepe menyebut hogoh Pahang hogoh.

Pepito juga turut ‘dipaksa’ oleh Dickson Nwakaeme untuk berbahasa Inggeris, untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Pahang menjelang separuh akhir Piala Malaysia berhadapan dengan pasukan Kedah.

Nwakaeme dalam kapsyen ringkasnya berkata: “Saya membuatkan beliau [terpaksa] bercakap dalam bahasa Inggeris.”

“Terima kasih di atas semua sokongan padu daripada anda. Yang terbaik daripada kami akan menyusul.”

Pepe dengan wajah penuh konsentrasi berkata: “Hogoh Pahang hogoh, selamat maju jaya untuk separuh akhir.”

Nicolas Pepe merupakan pemain sayap yang pantas. Musim lalu beliau cemerlang membantu Lille mara ke UCL. Pepe melakukan banyak gol dan assist pada musim lalu.

Maka tidak hairanlah selepas itu, Pepe menjadi rebutan banyak kelab elit di dunia.

Pepe kemudian menerima tawaran daripada Arsenal. Beliau masih dalam proses adaptasi bersama pasukan barunya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN