VIDEO: Saksikan Gol Lencong Mohamed Salah Terus Dari Sepakan Penjuru Untuk Mesir

Kerjasama Semuanya BOLA

Mohamed Salah menjaringkan gol terus dari sepakan penjuru sebelum terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan otot.

Gol tersebut dijaringkan dalam perlawanan menentang Swaziland, untuk membantu Mesir menang 4-1 semalam.

Salah bergelut untuk menjaringkan gol untuk Liverpool pada musim ini, setelah memenangi anugerah kasut emas dengan 32 gol di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

Beliau juga gagal menghasilkan sebarang gol di peringkat kelab untuk empat perlawanan secara berturut-turut sebelum menyertai Mesir untuk tugasan antarabangsa.

Liverpool mungkin menarik nafas sedikit lega melihat Salah menemui kembali sentuhan jaringannya dalam perlawanan kelayakan Piala Afrika di Kaherah, walaupun hakikatnya lawan mereka dalam perlawanan itu berada di kedudukan ke-136 dunia dalam kedudukan ranking FIFA.

Mengambil tugasan untuk mengambil sepakan penjuru dari sebelah kanan serangan, Salah melencongkan bola terus ke arah gawang yang memerangkap penjaga gol Swaziland.

Walaupun sepatutnya berasa lega, ia juga mungkin perkhabaran membimbangkan buat Jurgen Klopp dan Liverpool selepas Salah dilihat menjalani rawatan sebelum dikeluarkan di masa kecederaan.

“Ujian awal pasukan perubatan kami menyimpulkan Salah mengalami kecederaan otot. Beliau akan diperiksa lebih lanjut untuk mengetahui lebih lanjut tahap kecederaan tersebut.

“Pada pendapat saya, ia tidak serius,” ujar pembantu pengurus Hany Ramzy kepada BeiN Sports.

Mesir akan beraksi lagi pada Selasa hadapan berdepan menentang lawan yang sama dalam perlawanan timbal balik, sebelum Salah kembali ke Anfield untuk membantu persiapan Liverpool berhadapan Huddersfield di tempat lawan pada 20 Oktober.

Saksikan gol Mohamed Salah yang dihasilkan melalui sepakan percuma.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram