VIDEO: Rembatan Padu Ruben Neves Singkir Skuad Muda Liverpool Dari Piala FA

Jaringan pada babak kedua oleh Ruben Neves sudah cukup untuk memastikan Wolves melangkah ke pusingan keempat pertandingan Piala FA Inggeris – dengan menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melakukan sembilan pertukaran di kesebelasan utama untuk perlawanan ini – termasuk tiga pemain remaja yang melakukan debut dalam perlawanan ini.

Bintang muda The Kops

Tiga pemain tersebut ialah pemain tengah berusia 17 tahun, Curtis Jones dan digandingkan dengan Rafael Camacho yang berusia 18 tahun. Seorang lagi pemain remaja The Kops yang turut beraksi ialah pemain pertahanan, Ki-Jana Hoever berusia 16 tahun.

Ki-Jana merupakan pemain ketiga termuda turun beraksi untuk pasukan utama di dalam sejarah Liverpool, dan dimasukkan sebagai pengganti kepada Dejan Lovren yang mengalami kecederaan seawal minit ke-6 perlawanan.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)
Masih sukar

Walaupun dengan barisan pertahanan yang tampak seperti kurang pengalaman, Wolves masih sukar untuk menembusi bahagian pertahanan Liverpool sehinggalah pada minit ke-38 setelah Raul Jimenez menghukum kesilapan oleh James Milner.

Divock Origi menyamakan kedudukan untuk Liverpool di Stadium Molineux, selepas enam minit babak kedua bermula. Percubaan pemain antarabangsa Belgium itu lolos di celah kaki Leander Dendoncker sebelum menewaskan penjaga gol, John Ruddy.

Namun kedudukan 1-1 itu hanya bertahan selama empat minit selepas rembatan deras Neves dari luar kotak penalti menewaskan Simon Mignolet di near post.

Liverpool gagal memberikan ancaman selepas itu, walaupun memasukkan ayam tambatan mereka seperti Mohamed Salah dan Roberto Firmino pada minit ke-70 perlawanan.

Paling hampir mereka cuba mengancam kubu Wolves selepas itu ialah percubaan Xherdan Shaqiri dari sepakan percuma yang diselamatkan dengan cemerlang oleh John Ruddy.

Rumusan perlawanan

Kekalahan ini bermakna impian Liverpool untuk merangkul Piala FA punah – setelah rekod tanpa kalah di EPL turut dinoktahkan oleh Manchester City sebelum ini. Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat skuad kendalian Klopp – tetapi dari dua pertandingan berbeza.

Manakala Wolves pula boleh mulai membuat perhitungan untuk pusingan seterusnya pertandingan perebutan piala tertua di dunia ini, apabila bakal berhadapan Stoke atau Shrewsbury di pusingan seterusnya.

Saksikan rangkuman perlawanan melalui highlight di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN