VIDEO: Petugas Hospital Nyanyi Lagu You’ll Never Walk Alone Untuk Kuatkan Semangat

Waktu ini dunia sedang mengalami keadaan sukar, amat sukar.

Penularan wabak Covid-19 jelas memberikan 1001 masalah kepada semua orang di dunia ini termasuk negara kita.

Walaupun sedang mengalami waktu sukar, ianya tidak menghalang kita semua daripada melakukan perkara yang baik untuk sesama manusia.

Sebagai contoh dengan memberikan sokongan kepada orang lain.

Di United Kingdom, staf-staf National Health Service (NHS) dilihat memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang ditugaskan untuk merawat para pesakit Covid-19.

Menggunakan lagu You’ll Never Walk Alone dendangan Gerry and the Pacemakers yang menjadi lagu rasmi pasukan Liverpool, mereka menyanyikan lagu tersebut kepada rakan-rakan mereka dengan dipisahkan dengan sebuah pintu.

Mereka dilihat melambai-lambai ke arah satu sama lain sambil bersama-sama menyanyikan lagu itu seperti dalam video di atas.

Apa yang dilakukan mereka itu mungkin tidak boleh memulihkan pesakit Covid-19, akan tetapi ianya dapat memberikan sedikit semangat kepada petugas-petugas kesihatan yang sedang berjuang untuk menyelamatkan nyawa ramai pihak.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk kurangkan kes ini di Malaysia? Kekal tenang dan duduk di rumah!

Baca juga artikel kami mengenai Covid-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN