VIDEO: Penjaga Gol MSV Duisburg Lepaskan Gol Ketika Sedang Minum

Tak salah kalau rasanya FIFA mewujudkan satu anugerah khas saat-saat kelakar dalam bola sepak. Mungkin calon pemenang anugerah ini boleh diundi.

Jika benar-benar mereka serius, salah satu cadangan ialah kisah penjaga gol MSV Duisburg ini.

Dahaga

Kebiasaannya kita akan melihat penjaga gol memang akan membawa air minuman dan tuala kecil. Ada masanya mereka akan minum untuk menghilangkan dahaga sekaligus mendapatkan tenaga.

Namun, penjaga gol kelab divisyen dua Jerman ini telah silap. Beliau telah minum pada waktu yang salah!

Gambar ketika kejadian tersebut. Sumber: Adelaide Now.

Penjaga gol itu, Mark Flekken dari Belanda ini memasuki gawang gol untuk minum air yang dibawanya bersama. Kemudian, pemain lawan, Stefan Kutschke menggelecek bola dan menjaringkan bola ke dalam gol yang ternganga.

Sedangkan, pertahanan Duisburg yang berdekatan Stefan ialah Gerrit Nauber. Gerrit gagal melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya.

Akhirnya kejadian memalukan itu berlaku pada minit ke-18. Pasukan lawan yakni Ingolstadt menyamakan kedudukan 1-1 dek gol tersebut.

Terkesan

Pemain Duisburg merayakan gol kemenangan perlawanan itu. Sumber: Facebook MSV Duisburg.

Pemain Duisburg terkesan dengan kejadian tersebut. Mereka mencari gol kemenangan untuk menewaskan lawan mereka.

Akhirnya, pada minit ke-66 Borys Tashchy menjaringkan gol kemenangan buat Duisburg.

Para pemain Duisburg mengimbas kembali kejadian memalukan itu. Gerrit Nauber menceritakan bahawa si penjaga gol itu harus dipuji aksinya dalam perlawanan tersebut.

Manakan tidak, sebelum gol Duisburg bolos, Mark telah menyelamatkan penalti daripada pemain Ingolstadt.

Mark menceritakan beliau menyangka pasukannya menambah gol. Malah beliau juga terdengar muzik yang dipasang ketika gol.

Kemudiannya beliau ke dalam gol untuk mengambil minuman. Tetapi tindakan itu mengundang padah apabila bola telah masuk ke dalam gol yang sepatutnya dijaga.

Memang Mark sendiri tidak sedar bilakah bola itu masuk!

Meskipun kejadian itu memalukan, Duisburg dapat menewaskan Ingolstadt. Duisburg kini menduduki tangga ke-4 carta 2.Bundesliga.

Mereka terikat 37 mata dengan kelab tangga ke-3 Holstein Kiel. Cuma Kiel berkelebihan dari sudut kutipan defisit jaringan. Kelab tangga ke-3 dalam 2. Bundesliga ditawarkan slot play-off yang dijangka akan menentang kelab tangga ke-16 Bundesliga.

Saksikan detik melucukan itu melalui pautan di bawah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN