Video: Pengurus Ini Minta Maaf Selepas Masukkan Dirinya Sendiri, Kemudiannya Dibuang Padang

Kerjasama Semuanya BOLA

Pengurus Warrenpoint Town, Matthew Tipton telah menyebabkan pasukan beliau hilang fokus di dalam padang.

Beliau yang memutuskan untuk memasukkan dirinya dalam kedudukan 2-2 ketika menentang Cliftonville ketika perlawanan Piala Ireland 2017/18.

Dalam masa 3 minit, Matthew Tipton mengutip 2 kad kuning. Membuatkan pasukan beliau terpaksa bermain dengan 10 pemain dan mereka tewas 4-3 dalam masa tambahan 30 (extra time).

Bentesan Tipton untuk kad kuning kedua sebenarnya berpotensi mendapat kad merah terus, kerana ia sangat berbahaya.

Bukan sesuatu yang bagus untuk bermain 10 orang di masa tambahan 30 minit. Sudah pastinya pasukan beliau sangat letih.

Pengurus Masukkan Diri Sendiri Dan Dibuang Padang from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Mereka jelas ada peluang untuk melakukan sesuatu dalam perlawanan ini jika masih bermain dengan 11 pemain. Sebaik tamat perlawanan beliau meminta maaf kepada pasukan beliau.

“Saya membuatkan pemain-pemain saya kecewa di bilik persalinan. Saya membuatkan penyokong kami yang mengharungi perjalanan jauh kecewa. Saya telah membuatkan seluruh kelab ini kecewa.”

“Saya telah membuat sesuatu yang bodoh dan memperjudikan nasib pasukan kami.”

“Bukan sesuatu yang mudah untuk pemain kecewa kerana pengurus mereka. Saya akan cuba menanggungnya sekarang.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram