Video: Penalti Kontroversi Dan Voli Menarik Bantu Nottingham Forest Singkir Arsenal

Juara bertahan Arsenal disingkirkan oleh Nottingham Forest daripada saingan Piala FA. Ini adalah kali pertama Arsenal disingkirkan dalam pusingan ke-3 sejak 1996.

Lichaj meletakkan Forest di hadapan. Namun 3 minit selepas itu, Per Mertesacker menyamakan kedudukan. Lichaj sekali lagi meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi voli sebelum rehat.

Forest dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Brereton pada minit ke-64. Danny Welbeck merapatkan kedudukan pada minit ke-79. Ianya selepas Smith gagal menampan kemas bola.

Ketika Arsenal sedang giat mencari gol penyamaan, mereka memberikan satu lagi penalti kepada Nottingham Forest. Kali ini Dowell menyempurnakan tugasan itu. Kedudukan 4-2 kekal dan Forest mara ke pusingan seterusnya.

Arsene Wenger menyaksikan perlawanan ini daripada tempat duduk penyokong. Beliau digantung 3 perlawanan kerana mengkritik pengadil. Pastinya Wenger mahu memberikan komen kepada penalti kedua yang diberikan kepada Forest.

Ia agak kontroversi apabila Dowell yang terjatuh ketika mengambil penalti telah membuat 2 sentuhan pada bola. Pemain Arsenal membantah. Pengadil berbincang dengan pembantu beliau telah memutuskan bahawa ia adalah gol.

Percaturan Wenger gagal

Wenger menyiapkan pasukan kedua ataupun ketiga beliau dalam perlawanan ini. Ianya bukan perkara yang asing untuk pasukan seperti Arsenal.

Namun kali ini pasukan mereka gagal untuk melepasi cabaran pasukan seperti Nottingham Forest. Pasukan Nottingham Forest pastinya gembira melakukan kejutan dalam pusingan kali ini.

Wenger tahu, pemilihan pasukan oleh beliau akan dipersoalkan kerana mereka kalah. Namun beliau menegaskan pasukan mereka berhadapan dengan masalah kecergasan dalam jadual padat.

Mereka juga perlu menyiapkan pasukan yang cergas untuk perlawanan Rabu ini.

Arsene Wenger memberitahu yang pasukan beliau tidak cukup bagus untuk memenangi aksi kali ini. Beliau memuji pasukan lawan yang lebih tajam dan fokus ketika memiliki bola walaupun terhad.

Ini adalah reaksi daripada Arsenal Fans TV:

“Tahu tak apa formasi kita hari ini? 0-4-3, kosong tiada pertahanan.”

Err… mana lagi seorang?

https://twitter.com/MoreThan90Min/status/950094392685219847

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN