Video: Pemain Man. City Bersorak ‘Park The Bus’ Sindir Man. United

Nampaknya perseteruan di antara 2 kelab Manchester ini semakin panas daripada biasa. Minggu lalu, selepas derbi Manchester, berlaku kekecohan di terowong.

Mourinho memberitahu yang beliau tak suka orang meraikan kemenangan seperti sekumpulan sarkas. Pep Guardiola sudah pun meminta maaf kepada Manchester United jika mereka telah menjadi punca masalah, dan beliau menerangkan, pasukan beliau hanya meraikan kemenangan.

Selepas kemenangan ke atas Spurs 4-1, pemain-pemain City sempat menyanyikan lagu Park The Bus untuk menyindir pasukan Manchester United. Saksikan di sini:

Skuad Pep Guardiola kini mencipta rekod luar biasa dengan kemenangan ke-16 berturut-turut. Rekod terbaru dalam liga utama di Eropah.

Pendekatan taktikal Jose Mourinho yang agak defensif telah membuatkan Manchester United kerap disakat dengan perkataan ‘park the bus’ setiap kali berhadapan dengan pasukan yang besar.

Namun buat masa ini, Manchester United terus menjadi pasukan yang mengejar Manchester City walaupun jarak agak jauh dengan 11 mata.

Mourinho menegaskan mereka masih belum menyerah kalah. Semalam, skuad Jose Mourinho menang 1-2 ke atas West Brom Albion. Romelu Lukaku dan Jese Lingard menjaringkan gol.

Romelu Lukaku tidak meraikan jaringan beliau kerana Lukaku pernah dipinjamkan ke WBA dan menjadi bintang semusim ketika di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN