VIDEO: Pemain Jaringkan 39 Gol Sebagai Langkah Protes Terhadap Macau FA

Kadangkala, ada masanya suara pemain perlu didengari. Tetapi, jika suara mereka tidak didengari, usahlah persoalkan jika para pemain buat tindakan luar biasa.

Tindakan ini mungkin agak menjengkelkan bagi sesetengah daripada anda.

Luar biasa

Kejadian ini telah berlaku sewaktu kejohanan Piala Macau. Dek dahulunya dijajah Portugal, ia lebih dikenali sebagai Taca de Macau.

Salah satu perlawanan pusingan ini telah menemukan dua kelab iaitu Ka I dan Hang Si. Para pemain kedua-dua pasukan ini telah memprotes tindakan FA Macau yang enggan membawa skuad kebangsaan ke Sri Lanka baru-baru ini.

Maka, para pemain kedua-dua pasukan ini telah menyumbat sebanyak mana gol yang boleh. Penjaga gol kedua-dua pasukan itu turut menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Pada separuh masa pertama, Ka I mendahului keputusan dengan skor 6-5. Mirip keputusan tenis bukan?

Pesta gol

Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan 21-18. Kemenangan berpihak kepada Ka I. Anda boleh menonton sebahagian gol melalui pautan di bawah:

"NON-COOPERATIVE MOVEMENT" TO PROTEST MFA

Two local football teams have staged a non-cooperate movement in protest against the Macau Football Association decision to not allow the national team to play in Sri Lanka. The teams Ka I and Hang Sai, chose to play a quote 'open' match – resulting in a final score of 21 to 18.

Posted by TDM Canal Macau on Monday, June 17, 2019

Perlawanan yang diadakan di Stadium Lin Fong ini telah mencatatkan 39 gol. Nampaknya memang kuat perpaduan pemain bola sepak di Macau!

Dilaporkan kedua-dua pasukan akan menjalankan siasatan dalaman terhadap kejadian ini. FA Macau juga akan menyiasat perkara yang tidak dijangka ini.

Protes berlanjutan

Dalam perkembangan lain, kapten pasukan Macau telah membuat catatan di laman Facebook miliknya. Kapten tersebut, Nicholas Torrao meluahkan rasa kecewa mengenai keputusan FA Macau yang enggan ke Sri Lanka.

Torrao dan rakan-rakannya merayu kepada FIFA dan AFC agar menunda perlawanan timbal balik itu. Namun begitu, kedua-dua badan pengurusan bola sepak diberitakan masih belum membuat sebarang keputusan.

Nampaknya, pemain bola sepak Macau mahu membuktikan sesuatu! Mereka ingin meletakkan nama Macau di persada bola sepak dunia walaupun usaha mereka kecil.

Tetapi, ada satu persoalan. Kenapakah FA Macau terlalu berdegil dan tidak mahu mengalah dengan kemahuan para pemain?

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply