[VIDEO]: Pemain Import Kelantan Utd “Head-Butt” Rakan Sendiri Selepas Ledak 2 Gol

Penyerang import Kelantan United dari Gambia, Gassama Alfusainey dilayangkan kad merah dalam perlawanan Liga Prmier menentang Perak II pada malam tadi selepas mengasari rakan sepasukan sendiri.

Kejadian dipercayai berpunca dari perbalahan mulut di antara Gassama dan Zafuan Azeman yang dibawa masuk pada babak kedua perlawanan.

Bagaimanapun layangan kad merah terhadap Gassama tidak menjejaskan perlawanan kerana insiden dan layangan kad merah tersebut berlaku selepas perlawanan tamat.

Sebelum itu Kelantan United beraksi dengan cemerlang apabila tiga jaringan dalam tempoh 13 minit cukup untuk menceritakan penguasaan pelawat bermula tindakan Mohd. Azwari Ibrahim meletak Kelantan di hadapan pada minlt ke-8 perlawanan.

Dominasi Kelantan United dalam perlawanan ini berterusan selepas itu apabila Gassama Alfusainey menghukum tuan rumah apabila bikal memanfaatkan peluang dari sepakan sudut pada minit ke-18. Pemain import itu sekali lagi menemui sentuhan pemusnahnya tiga minit kemudian.

Insiden panas membabitkan pemain dari kedua-dua pasukan selepas itu menyaksikan pengadil perlawanan melayangkan kad merah pertama perlawanan kepada pemain Kelantan United, Muhammad Asraff Alifuddin Yasin kerana menumbuk Adam Nadzmi Zamri.

Gassama menjadi pemain kedua dilayangkan kad merah dalam perlawanan ini selepas dilihat menanduk muka Azeman yang dilihat mara ke arah pemain import dari Gambia itu sejurus wisel penamat ditiupkan pengadil.

Walaupun situasi berjaya dileraikan oleh rakan sepasukan yang lain, kejadian tersebut berlaku di hadapan pengadil perlawanan, dan memaksa  Mohd. Sarif Tahir melayangkan kad merah kepada Gassama.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Gassama tidak akan menyertai skuad Kelantan United yang akan ke Johor Bahru berhadapan JDT II kerana tidak dapat beraksi untuk perlawnan seterusnya.

Kemenangan pada malam tadi meletakkan Kelantan United di kedudukan kelima Liga Premier dengan 19 mata selepas 13 perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN