VIDEO: Modric Bisik Kepada Neymar ‘Kami Menanti Anda’ Di Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pemain tengah Real Madrid, Luca Modric tetap menjalankan tugas untuk kelab walaupun sedang beraksi bersama negaranya Croatia dalam tugasan antarabangsa.

Selepas perlawanan persahabatan di antara Croatia dan Brazil pada Ahad lalu, Modric dikatakan cuba meyakinkan Neymar untuk menyertai beliau di Real Madrid.

(Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Bintang Brazil, Neymar sedang hangat dikaitkan dengan kepulangan ke La Liga dan menyertai juara eropah tersebut, selepas perpindahan rekod dunia bernilai €222 juta ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona pada musim panas lalu.

Dalam satu rakaman video yang dirakam sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF), Modric dilihat bertukar jersi bersama Neymar di terowong pemain menuju ke bilik persalinan di Anfield.

Kedua-dua pemain turut dilihat saling menandatangani jersi tersebut. Tatkala mereka berbuat demikian, Modric kedengaran berkata-kata kepada Neymar di dalam Bahasa Sepanyol: “Kami semua menunggu ketibaan anda.”

Kata-kata oleh Modric itu disambut dengan senyuman oleh Neymar. Dan ketika ditanya oleh wartawan tentang apa yang dikatakan kepada Neymar, Modric berkata: “Mari kita lihat apa yang akan berlaku!”

Bagaimanapun Neymar jelas tidak mahu perkara berkenaan menganggu fokus beliau dan rakan-rakan di kem Brazil menjelang sepak mula Piala Dunia.

3(photo by David Blunsden/Action Plus via Getty Images)

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai perkara tersebut, ini jawapan Neymar:

“Fokus sekarang sepenuhnya diberikan kepada pasukan Brazil. Mereka semua bercakap mengenai perkara karut. Soalan anda tidak berbaloi untuk dijawab.”

Walaupun perkhabaran perpindahan ke Real Madrid dinafikan oleh Neymar, sumber dari Goal.com melaporkan pemain tengah Brazil itu sedang berusaha untuk mencari kaedah terbaik untuk meninggalkan PSG.

Jika perpindahan tersebut menjadi realiti, adakah Modric akan menerima bahagian beliau kerana telah bertindak sebagai ejen? Kami musykil mengenai perkara tersebut.

Anda boleh saksikan video Modric dan Neymar melalui pautan di bawah.