VIDEO: Mo Salah & Rakan-Rakan Peraga Jersi Liverpool Musim 2018/19

Liverpool FC telah memperkenalkan jersi baharu untuk musim 2018/19, dan menjadi pasukan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berbuat demikian.

Jersi untuk kegunaan di gelanggang sendiri itu mengekalkan warna merah cili, dan bercorak retro.

Jersi keluaran syarikat pembekal peralatan dan pakaian sukan terkemuka Amerika Syarikat, New Balance menghasilkan jersi dengan warna yang sama pada musim lalu, dan mencatatkan rekod penjualan terbaik di dalam sejarah kelab Merseyside itu pada musim lalu.

Beza kepada rekaan pada musim ini ialah pengenalan kolar dan jalur putih yang terdapat di bahagian depan di bahagian bahu rekaan jersi tersebut.

Ia diinspirasikan oleh seni reka arkitek yang digunakan untuk pembangunan semula Main Stand yang siap pada awal musim ini.

Peminat yang ingin mendapatkan jersi terbaru Liverpool ini boleh mulai melakukan pra tempah, setelah ia dilancarkan sebentar tadi dengan kempen bertemakan ‘This Means More’.

Kempen berkenaan memberi maksud tersendiri kepada penyokong Liverpool, untuk menghidupkan perasaan sebenar sebagai penyokong The Reds.

Ketika pelancaran kapten pasukan, Jordan Henderson berkata:

“Jersi kami bukan sekadar digunakan ketika perlawanan. Ia adalah sebahagian daripada pasukan.”

“Sebagai pemain, kami amat berbangga apabila menyarung jersi ini. Ia amat bermakna, lebih daripada apa yang anda bayangkan.”

“Lagipun kelab bola sepak ini jelas berbeza daripada yang lain. Saya tidak akan ragu bahawa para penyokong akan menggemari jersi baharu ini, dan akan memakainya dengan penuh kebangaan ketika memberi sokongan kepada pasukan pada musim hadapan.”

Untuk memperingati tragedi Hillsborough, emblem 96 bersama nyalaan api diletakkan di belakang, bahagian leher jersi tersebut.

Saksikan Mo Salah dan rakan-rakan memperagakan jersi tersebut melalui video di pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN