VIDEO: Lille Belasah PSG 5-1 Untuk Tangguh Kejuaraan Ligue 1 Ke Paris

Paris St-Germain (PSG) terpaksa menangguhkan pesta menyambut kejuaraan Ligue 1 Perancis buat minggu kedua berturut-turut, apabila dibelasah oleh Lille 5-1 pada Ahad.

Gol sendiri Thomas Meunir meletakkan Lille di hadapan, sebelum Juan Bernat menyamakan kedudukan buat PSG.  Pemain pertahanan dari Sepanyol itu kemudiannya menerima layangan kad merah kerana ‘kesalahan profesional’, selepas mengasari Nicolas Pepe selepas 36 minit perlawanan berlangsung.

LILLE, FRANCE – APRIL 14: Kylian Mbappe #7 of Paris Saint-Germain is disapointed after the goal of Nicolas Pepe #19 of Lille LOSC during the Ligue 1 match between Lille OSC and Paris Saint-Germain (PSG) at Stade Pierre Mauroy on April 14, 2019 in Lille, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Pepe kemudiannya menyempurnakan peluang dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol pada minit ke-51 untuk Lille kembali mendahului pada babak kedua perlawanan, diikuti oleh jaringan Jonathan Bamba yang merembat kencang dari bahagian near post untuk Lille mengawal perlawanan sepenuhnya.

Beraksi dengan 10 pemain, PSG jelas sekali tidak mempunyai pelan untuk kembali bangkit. Dua lagi jaringan melalui Gabriel dan Jose Fonte melengkapkan pesta gol Lille ke atas PSG.

Ini adalah pertama kali PSG dibolosi lima gol dalam perlawanan liga sejak 2 Disember 2000 ketika mereka tewas di Sedan.

LILLE, FRANCE – APRIL 14: Kylian Mbappe of Paris Saint-Germain in action with Jeremy Pied and Nicolas Pepe of Lille LOSC during the Ligue 1 match between Lille OSC and Paris Saint-Germain (PSG) at Stade Pierre Mauroy on April 14, 2019 in Lille, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Ia adalah malam yang mahu dilupakan oleh setiap daripada mereka yang bersama PSG  – yang turut menyaksikan dua jaringan oleh Kylian Mbappe dibatalkan kerana offside.

Thomas Tuchel turut kehilangan dua pemain, Thiago Silva dan juga Meunier yang terpaksa diganti akibat kecederaan pada separuh masa pertama perlawanan.

Minggu lalu PSG sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Strasbourg – ketika mereka hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan.

Namun demikian mereka berpeluang untuk memastikan kejuaraan milik mereka untuk kali kelima dari enam musim, sekiranya menang ke ke atas Nantes pada Rabu akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN