Video: Lihat Yusuf Azmi Melakukan Roullete Dan Beberapa Skil Dalam Futsal

Yusuf Azmi adalah figura yang terkenal di kalangan kita semua. Beliau merupakan aktivis yang berjuang dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jika selama ini kita melihat sisi yang lebih tegas oleh Yusuf Azmi, kali ini kita lihat pula di sisi yang lain.

Yusuf Azmi sama seperti kita yang lain. Beliau juga ada minat dan hobi ketika di luar waktu kerja. Satu video rakaman aksi Yusuf Azmi telah dimuat naik di Youtube.

Ternyata, Yusuf Azmi seorang pemain yang memiliki skil dan kelincahan yang baik. Beberapa skil ditunjukkan beliau termasuk roullete dan fake body feint yang berkesa.

Jom kita saksikan aksi Yusuf Azmi dalam perlawanan futsal. Anda anggap sahaja ulasan itu sebagai hiburan. Banyak juga nama-nama pemain ‘popular’ termasuk Omar, Datuk Jamal dan Boy Iman ada di dalam padang.

Ini pula untuk versi yang lebih panjang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN