VIDEO: Lihat Yellow Wall Memberikan Penghormatan Indah Kepada Nuri Sahin

Dalam perlawanan Bundesliga di antara Borussia Dortmund dan Werder Bremen, Nuri Sahin menjadi tumpuan. Ini kerana beliau kembali semula ke Signal Iduna Park buat pertama kali selepas meninggalkan kelab itu selepas tamat musim lalu.

Borussia Dortmund menang 2-1 dalam perlawanan tersebut untuk kekal di tangga teratas Bundesliga. Tamat perlawanan Nuri Sahin diberikan penghargaan yang sangat indah oleh penyokong Ultras Dortmund di curva Yellow Wall.

Sahin pergi ke arah mereka untuk menerima ‘ovation’ tersebut.

Sahin ternyata sebak dan terharu dengan penghargaan seperti itu. Pemain-pemain Borussia Dortmund yang lain berdiri di belakang beliau untuk mengiringinya menerima penghormatan peribadi itu.

Ramai penyokong bola sepak di seluruh dunia menganggap ia momen sangat bermakna dalam bola sepak. Sekali lagi penyokong Dortmund membuktikan mereka adalah antara penyokong terbaik di dunia.

Mereka sentiasa berusaha untuk mengalu-alukan kembali legenda kelab mereka yang pernah berjasa kepada kelab itu. Nuri Sahin antara nama penting dalam generasi emas Jurgen Klopp di Borussia Dortmund yang berjaya merosakkan dominasi Bayern Munich ketika itu.

Bercakap kepada wartawan, Sahin berkata: “Ia membuatkan saya mengimbau kembali karier saya yang bermula di sini sejak saya berusia 11 tahun.”

Sebelum sepak mula, Nuri Sahin menerima jambangan bunga, kolaj dan pelukan daripada Pengarag BvB – Hans-Joachim Watzke. Marco Reus gembira Nuri Sahin berjaya mendapatkan semula rentak permainan beliau musim ini.

Watzke berkata kepada wartawan: “Sahin tidak pergi selamanya. Beliau pasti akan kembali ke sini untuk menabur bakti dalam bidang lain. Beliau pemain yang hebat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN