Video: Lihat Mark Clattenburg Hentikan Sebentar Perlawanan Kerana Azan

Mark Clattenburg adalah bekas pengadil EPL yang kini bertugas di Arab Saudi.  Beliau sebelum ini dilaporkan kecewa dengan Mike Riley kerana meragui ketelusan dalam penilaian pengadil.

Clattenburg antara pengadil terbaik di England dan kerap dilantik mengendalikan perlawanan UCL yang melibatkan pertembungan blockbuster.

Badan pengadil England dikatakan pilih kasih dalam penilaian. Itu penting kerana ia akan menentukan pengadil tersebut akan terpilih dalam mengadili perlawanan besar.

Pada Euro 2016, PGMOL telah memilih Martin Atkinson sebagai wakil England ke Euro 2016. Clattenburg kecewa dan akhirnya PGMOL menghantar beliau sekali atas keadaan terpaksa.

Selepas tamat musim lalu, Clattenburg menyatakan mahu bersara. Namun beliau kemudian menarik hasrat itu dan dikaitkan dengan perpindahan dengan gaji mewah ke China. Sebaliknya beliau lebih memilih Arab Saudi kerana suasana bola sepak di sana.

Clattenburg juga berkata beliau ke sana bukan kerana wang semata-mata. Jika itu jadi tujuan, sudah pastinya beliau akan ke China dengan tawaran  £1 juta setahun di sana berbanding hanya  £100 ribu setahun dengan pakej  £1,100 bonus per perlawanan.

Dalam satu perlawanan Liga Arab Saudi, Mark Clattenburg telah menghentikan perlawanan bagi memberikan laluan kepada Azan.

Cara Mark Clattenburg yang cepat melihat isyarat pengadil ke-4, Muhammed Alqarn dipuji peminat bola sepak di Arab Saudi.

Mark Clattenburg tidak kekok dengan prosedur tersebut. Cuma pada akhir Azan, beliau agak keliru ingatkan Azan sudah pada baris terakhir. Namun Mark Clattenburg membiarkan pemain untuk menunggu masa yang sesuai bagi menyambung perlawanan.

Bak kata orang, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mark Clattenburg menghormati budaya bola sepak di Arab Saudi yang memberikan laluan kepada Azan walaupun perlawanan masuk minit ke-94.

Beliau tidak mengambil keputusan untuk menamatkannya. Beliau tetap memberikan laluan kepada Azan. Apa yang jelas beliau sangat faham tentang apa yang harus beliau lakukan dalam padang.

Seperti beliau sudah mengadili banyak perlawanan di sana. Wajahnya tidak nampak kekok.

Clattenburg terpanggil untuk ke Arab Saudi selepas persatuan bola sepak di negara tersebut meminta bantuan beliau untuk mendidik bola sepak di sana tentang fungsi dan peranan pengadil.

Di Arab Saudi ada kerisauan budaya suka menyerang pengadil. Ada beberapa keputusan pengadil yang lemah juga menjadi punca.

Mark bertekad mahu mendidik pengadil untuk mengawal perlawanan dengan pengalaman yang ada pada beliau. Pada masa yang sama, mendidik pemain dan penyokong dengan beberapa siri ceramah tentang peranan pengadil dan perlunya mereka lebih dihormati di dalam padang.

Jika tidak berpuas hati, apa saluran yang harus digunakan. Sebut Clattenburg kami teringat insiden ini

Satu lagi insiden Clattenburg dan Pepe dalam perlawanan yang sama, di mana dia telah membuatkan Pepe terdiam,

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN