VIDEO: Lee Tuck Ubat Rindu Penyokong Negeri Sembilan, Buat ‘Viking Clap’ Bersama Mereka

Kisah bekas pemain kembali membuat penampilan penuh emosi menentang bekas pasukannya, bukan perkara yang baharu. Walaupun sudah tidak beraksi bersama pasukan yang sama, sentimen seperti rasa hormat akan tersemat di dalam hati pemain.

Apatah lagi, jika bekas pasukan tersebut adalah pasukan yang menaikkan nama pemain tersebut di dalam karier bola sepak.

Begitu juga dengan penyokong. Sering kali seseorang pemain mempunyai hubungan istimewa dengan kumpulan penyokong sesebuah pasukan. Perkara tersebut berterusan, walaupun pemain tersebut telah berhijrah untuk mewakili pasukan lain.

Demikianlah kejadian yang berlaku kepada bekas pemain import Negeri Sembilan, dan bintang baharu Terengganu FC, Lee Tuck.

Lee Andrew Tuck

Lee Andrew Tuck adalah pemain kelahiran Halifax, England. Setelah beraksi bersama beberapa pasukan di Eropah dan juga Thailand, Lee Tuck disunting oleh skuad Hobin Jang Hobin pada musim lalu.

Kredit: Goal.com

Bersama-sama dengan Bruno Suzuki, Marko Simic, dan Nemanja Vidic, Lee Tuck dan rakan-rakan sepasukan yang lain berjaya membawa Negeri Sembilan mengegarkan saingan 100Plus Liga Premier pada saingan awal musim.

Walaupun Negeri Sembilan melalui sedikit kemerosotan prestasi menuju penghujung saingan, Lee Tuck tetap dihargai oleh penyokong Negeri Sembilan kerana kesungguhan pemain tersebut ketika berada di atas padang.

Kredit: Inikan Bola

Anda pasti mengingati bagaimana Lee Tuck mengetuai rakan sepasukannya melakukan ‘viking clap’ selepas membantu Negeri Sembilan dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia pada musim lalu.

Revolusi Terengganu FC

Selepas tamat kempen musim lalu, dan membantu Negeri Sembilan menduduki tangga ke-5 saingan 100Plus Liga Premier, Lee Tuck mengambil keputusan untuk menyertai Terengganu FC.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Terengganu FC pada musim lalu adalah naib juara 100Plus Liga Premier. Setelah dijenamakan semula oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), skuad kendalian Irfan Bakti ini bercita-cita besar dengan merekrut beberapa muka baharu seperti Thierry Bin, Abdul Malik Arif, dan sudah tentunya Lee Tuck.

Ketibaan Lee Tuck di Kuala Terengganu ternyata mengujakan peminat bola sepak di Terengganu. Selepas membantu Terengganu FC mengikat PKNS FC dan Kelantan dalam dua perlawanan awal, anda pasti tidak boleh melupakan aksi pemain ini ketika membenam Selangor 4-1.

Pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck memberi tekanan kepada penyerang Selangor, Ilham Udin Armyn ketika aksi unifi Liga Super 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. (Kredit: FA Selangor)

Selain daripada dua gol yang menakjubkan; termasuk salah satu dari bahagian tengah padang, Lee Tuck turut menghasilkan satu bantuan gol untuk Tchetche Kipre dan turut terlibat memulakan gerakan untuk gol Shahrul Aizad.

Kembali ke Paroi

Perlawanan unifi Liga Super Malaysia minggu keempat, memberikan peluang untuk Lee Tuck kembali ke pasukan pertama yang memperkenalkan beliau ke kancah saingan Liga Malaysia.

Cemerlang di bahagian tengah, Lee Tuck membantu Terengganu FC menewaskan bekas pasukannya dengan jaringan 2-1.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Apa yang berlaku selepas tamat perlawanan, ialah detik penuh emosi buat Lee Tuck dan sebahagian penyokong Negeri Sembilan.

Berlari ke arah sekelompok penyokong Negeri Sembilan, Lee Tuck melemparkan jersi beliau ke arah penyokong. Selepas itu, sekali lagi beliau mengiringi tepukan ‘viking clap’ secara solo bersama-sama penyokong.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Video aksi Lee Tuck bersama penyokong-penyokong Negeri Sembilan menjadi tular di beberapa akaun Facebook milik penyokong Negeri Sembilan. Ia turut dikongsi oleh Lee Tuck di akaun Facebook peribadi miliknya.

Kami kongsikan detik tersebut kepada anda melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN