VIDEO: Kerana Terlalu Seronok, Lompatan Ultras Buatkan Stadium Roboh

Belanda

Sebuah kumpulan penyokong di Belanda begitu seronok meraikkan kejayaan pasukan mereka sehinggakan roboh sebahagian daripada tempat duduk penonton dibuatnya!

Penyokong Vitesse Arnhem bersorak riang bersama-sama pemain mereka selepas kelab itu berjaya mencatatkan kemenangan ke atas musuh tradisi NEC Nijmegen dalam aksi Eredivisie.

Malang tidak berbau

Ketika itu, detik meraikan kejayaan menewaskan musuh tradisi di tempat lawan itu dipercayai diketuai oleh gerakan ultras Vitesse.

Namun malang tidak berbau, ketika mereka sedang asyik meraikan kejayaan itu struktur tempat duduk Goffertstadion roboh kerana tidak dapat menampung impak dari penyokong.

Hal ini disebabkan penyokong Vitesse melompat-lompat di atas tempat duduk stadium itu.

Lebih menarik, lepas struktur tempat duduk stadium itu roboh, mereka masih lagi melompat-lompat dan bersorak riang meraikan kemenangan!

Walaupun situasi buruk itu berlaku, namun mujur tiada seorang pun penyokong Vitesse mengalami kecederaan ringan mahu pun serius ketika insiden itu.

Akan tetapi, FA Belanda dan juga pihak berkuasa tempatan Nijmegen turut akan menjalankan siasatan untuk memastikan stadium akan lebih selamat untuk dikunjungi selepas ini.

Dalam perlawanan tersebut, Vitesse menewaskan NEC dalam aksi pertembungan Gelderland 0-1 dalam aksi liga yang menyaksikan penyerang Denmark, Nikolai Frederiksen menjaringkan gol kemenangan.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply