Video: Kapten Philadephia Union Ini Meraikan Gol Dengan Menyeru Kongres Hentikan Keganasan

Kapten Philadelphia Union, Alejandro Bedoya menarik perhatian ramai kerana keraian gol beliau.

Bedoya mengambil kesempatan dengan meraikan gol dan berlari ke ara mikrofon di tepi padang dan menyeru kongres untuk melakukan sesuatu bagi menghentikan keganasan senjata api.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu menjaringkan gol pembukaan dalam kemenanga mereka 5-1 ke atas DC United.

Selepas berpelukan dengan rakan-rakannya, Bedoya berlari ke arah mikrofon dan berkata: “Hey kongres, buat sesuatu sekarang. Hentikan keganasan senjata apa. Ayuh!”

Seruan beliau itu jelas kedengaran dalam siaran langsung perlawanan yang dibawakan oleh Fox Sports.

Bedoya ada tinggal di Florida, dan beliau dekat dengan Marjory Stoneman Douglas High School, tempat berlakukan pembunuhan menggunakan senjata api.

Sebelum perlawanan lagi beliau sudah menyuarakan kemarahannya ke atas masalah yang dianggap tiada penghujungnya di Amerika Syarikat itu.

Bedoya berkata: “Kata-kata tanpa sebarang tindakan adalah tidak bermakna. Sepertinya rakyat Amerika adalah masyarakat yang tiada keadilan. Buatlah sesuatu, cukup-cukuplah.”

“Kita boleh mulakan dengan pemeriksaan latar belakang, peraturan bendera merah, pendaftaran pembelians senjata api, menutup pertunjukkan senjata api dan mengenakan cukai peluru.”

Dalam kejadian minggu lalu, 29 maut kerana serangan senjata api otu. Tahun ini sahaja sudah berlaku 31 insiden serangan senjata api di AS.

Bedoya tidak menyesali tindakannya itu walaupun sedar ia mungkin akan diambil tindakan kerana ada isu politikal.

Tetapi Alejandro Bedoya menyatakan: “Sebelum [sisi] saya seorang pemain bola sepak, saya adalah manusia biasa.”

Namun sudah ramai menyatakan sokongan kepada Alejandro Bedoya di atas tindakannya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN