VIDEO: Jom Nikmati Tifo Ultras Malaya Yang Mantap Ini

Ianya satu tifo yang sangat cantik. Di mana, Ultras Malaya menaikkan tifo Harimau Malaya sebelum sepak mula perlawanan.

Ianya memaparkan seekor Harimau Malaya dengan jersi retro Malaysia memegang bola dengan bendera Malaysia dikibar di belakangnya.

Harimau Malaya merupakan simbol kepada pasukan bola sepak Malaysia.

Beberapa warganet memberikan penghargaan kepada Ultras Malaya di atas usaha yang mereka lakukan. Bukannya mudah untuk menghasilkan tifo seperti itu.

Ia memerlukan kerja yang keras daripada ramai pihak, daripada rekaan kepada proses menghasilkannya. Seterusnya, diakhiri dengan proses membawa masuk ke stadium dan menaikkannya.

Ramai netizen yang kagum dengan kreativiti dan usaha yang ditunjukkan oleh Ultras Malaya demi pasukan Harimau Malaya.

Dalam aksi berhadapan dengan Thailand, Malaysia menang 2-1. Thailand mendahului pada awal perlawanan menerusi Chanathip Songkrasin. Malaysia bangkit dengan 2 gol menerusi Brendan Gan dan juga Mohamadou Sumareh.

Sekaligus menghidupkan kempen kelayakan Malaysia pada kali ini.

Salah seorang daripada ultras berkongsi kegemnbiraan beliau di atas kejayaan mereka menaikkan tifo tersebut dan memberikan bayangan bahawa tifo seterusnya adalah: Kapan Away Masjoko

Apapun, tahniah dan terima kasih kepada Ultras Malaya di atas tifo luar biasa ini. Semoga terus menghasilkan tifo yang ‘berhantu’ di masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN