VIDEO: Jaringan Menarik Penjaga Gol Futsal Wanita Negara

Futsal Wanita

Kelibat pasukan futsal wanita negara mungkin tidaklah begitu popular dan mendapat perhatian ramai seperti skuad lelaki tetapi tahukah anda bahawa mereka pernah meraih tempat keempat dalam Kejuaraan Futsal AFC 2015 yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Kejohanan yang berlangsung pada 21 hingga 26 September 2015 itu turut disertai tujuh pasukan seperti Iran, Jepun, Thailand, China, Hong Kong, Vietnam dan Uzbekistan.

Malaysia yang ketika itu dibimbing Chiew Chun Yong melakar kejutan apabila menundukkan Uzbekistan dengan keputusan 9-4 dan Hong Kong 4-1 sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Aksi terakhir peringkat kumpulan menyaksikan Malaysia tunduk 2-4 di tangan juara kejohanan, Iran.

Meskipun skuad negara tumpas 1-8 pada aksi separuh akhir, jaringan menarik yang dihasilkan penjaga gol, Sity Nurazizah Jamal nyata mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut.

Sity Nurazizah yang beraksi untuk Selangor dalam Liga Premier Futsal Malaysia 2019 melakukan tendangan kaki kiri terus daripada kawasan golnya selepas melihat penjaga gol Jepun, Miyuki Yamashita sedikit keluar dari kawasan dan membuatkan penjaga gol tersebut ‘lemas’ untuk gol buat skuad negara.

Saksikan jaringan menarik oleh penjaga gol skuad futsal wanita negara itu:

Selain daripada jaringan menarik dihasilkan Sity Norazizah dan juga menduduki tempat keempat, skuad negara turut berbangga selepas Farahiyah Ridzuan muncul sebagai pemenang kasut emas selepas menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan.

Kredit foto: Youtube theafcdotcom

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN