Video: Jaringan Menarik Domingos Quina Pada Penampilan Pertamanya Bersama Watford ‘Pukau’ Reading

Watford

Watford yang cemerlang memenangi kesemua tiga perlawanan awal saingan Liga Perdana Inggeris meneruskan rentak kemenangan mereka.

Rentetan kemenangan itu diteruskan dalam aksi Piala Carabao yang menyaksikan skuad bimbingan Javi Garcia itu berjaya menundukkan Reading dengan keputusan 2-0 di Stadium Madejski.

Penyerang muda Watford, Isaac Success meletakkan The Hornets di hadapan pada minit ke-36.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Nigeria itu menyudahkan peluang selepas menerima hantaran lintang dari rakan sepasukan, lalu berjaya memperdayakan penjaga gol Reading, Sam Walker untuk menyumbat gol pertama.

Pemain tengah, Domingos Quin yang membuat penampilan sulung bersama Watford menambah jaringan kedua menerusi rembatan jarak jauh yang begitu menarik.

Ledakan dari jarak hampir 30 meter itu membuatkan Walker tergamam di gawangnya dan memberikan kemenangan 2-0 buat Watford sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN