VIDEO: Jaringan Jadon Sancho & Marco Reus Bantu Kemenangan 2-1 Borussia Dortmund Atasi Monchengladbach

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pertembungan menarik dua kelab di tangga teratas saingan Bundesliga awal pagi tadi menjadi milik Borussia Dortmund selepas pendahulu liga itu mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Borussia Monchengladbach di Signal Iduna Park.

Kemenangan skuad bimbingan Lucian Favre itu dibantu jaringan yang dihasilkan oleh pemain muda, Jadon Sancho dan ketua pasukan, Marco Reus pada kedua-dua babak perlawanan.

Dengan kemenangan yang diraih Dortmund kini sembilan mata di hadapan Monchengladbach dan Bayern Munich, namun juara bertahan Bundesliga tersebut kekurangan satu perlawanan.

Kejayaan Monchengladbach ini nyata melegakan Dortmund selepas kelab tersebut mengalami kekalahan pertama musim ini ditangan Fortuna Düsseldorf pada Selasa lalu.

Jadon Sancho membuka tirai jaringan pada minit ke-44 selepas rembatan dalam kawasan penalti dilakukan berjaya menerjah gawang lawan walaupun pertahanan Monchengladbach berusaha keras untuk mengawal beliau.

Namun kegembiraan tersebut hanya bertahan selama seminit apabila Christoph Kramer kembali menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama.

Marco Reus kemudiannya muncul wira dengan jaringan pada minit ke-54 selepas bijak menghidu peluang melepasi kawalan pertahanan lawan untuk menyudahkan lorongan daripada Mario Gotze.

Gotze turut cemerlang pada perlawanan ini dengan dua bantuan jaringan yang dicipta olehnya.