VIDEO: Insiden Aguero Dengan Penyokong Selepas Ditewaskan Wigan

Penyerang antarabangsa Argentina dan Manchester City, Sergio Aguero bakal berhadapan dengan tindakan tegas oleh pihak FA Inggeris selepas terlibat dengan insiden pergaduhan dengan penyokong selepas Manchester City disingkirkan daripada pertandingan Piala FA.

Perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris di antara Wigan Athletic dan Manchester City menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikejutkan dengan dengan keputusan 1-0 memihak kepada lawan di Stadium DW pada awal pagi tadi.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Kemenangan 1-0 Wigan turut mengundang ribuan penyokong memasuki kawasan padang untuk meraikan kemenangan tersebut, sehingga mengundang insiden melibatkan penyerang berusia 29 tahun itu.

Insiden pergelutan di antara Aguero dan seorang penyokong Wigan tersebut turut dirakam oleh badan penyiar pertandingan.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Penyerang Argentina itu kelihatan menghayunkan tangan ke arah seorang penyokong Wigan, sebelum pemain pertahanan Wigan, Cheyenne Dunkley tampil menenangkan penyerang tersebut.

Walaupun cuba ditenangkan, Aguero kelihatan seperti masih tidak berpuas hati dan kembali mencari penyokong tersebut, sebelum beberapa pemain Manchester City tampil untuk menenangkan beliau.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Segelintir penyokong Manchester City turut dilihat membaling objek ke arah padang sebagai tindak balas penyokong The Latics membanjiri kawasan permainan.

Insiden tersebut memaksa campur tangan pihak polis dan marshall perlawanan untuk bertindak bertujuan untuk meleraikan penyokong sebelum insiden yang lebih buruk berlaku.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Insiden panas melibatkan kedua-dua pasukan dipercayai bermula ketika babak pertama perlawanan berakhir. Pengurus kedua-dua pasukan, Pep Guardiola dan Paul Cook dilihat bertikam lidah di kawasan teknikal padang, sebelum ianya berterusan di terowong pemain.

Kejadian dan insiden di dalam perlawanan ini pasti menjadi perhatian pihak FA Inggeris dengan kedua-dua buah kelab akan disiasat. Proses siasatan turut akan menyentuh ciri-ciri keselamatan perlawanan, termasuk bagaimana penyokong boleh membanjiri kawasan padang.

Wigan Athletic’s Dan Burn is mobbed by fans after the Emirates FA Cup, Fifth Round match at the DW Stadium, Wigan. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Untuk rekod, ini bukan pertama kali insiden melibatkan pergaduhan di kalangan pemain Manchester City selepas tamat perlawanan.

Pada Disember lalu, beberapa pemain Manchester City turut terlibat dengan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada kakitangan kejurulatihan mereka sendiri, dalam insiden melibatkan pemain Manchester United.

(Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Kedua-dua pasukan bagaimanapun diberikan amaran oleh pihak FA selepas itu.

Kekalahan skuad kendalian Manchester City di saingan Piala FA bermakna impian mereka memecah rekod bola sepak Inggeris untuk merangkul empat kejuaraan kini terkubur.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Guardiola dan anak buahnya akan berkunjung ke Wembley pada Ahad depan untuk berhadapan dengan Arsenal di perlawanan akhir Piala Carabao, untuk memburu trofi pertama musim ini.

Manakala Wigan akan berhadapan dengan Southampton di peringkat suku akhir Piala FA yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN